TIPS SEBELUM MEMBUAT BISKUT

Saturday, September 29, 2007

Di sini kakcik ada beberapa tips untuk diketahui sebelum anda membuat biskut. Cuba ikuti langkah2 di bawah ini supaya anda dapat menghasilkan biskut yang betul2 menjadi. Jangan salahkan orang yang memberikan resipi andai kata biskut anda tidak menjadi tetapi baca dahulu tips di bawah ini samada anda betul2 mengikuti langkah2 yang sepatutnya :
  • Sebelum mula membakar, baca dan fahamkan resipi dan sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan.
  • Bahan-bahan kering seperti tepung, oats, garam, soda bikarbonate hendaklah digaul supaya dimasuki udara (aeration). Bahan-bahan kering harus disukat mengunakan cara "dip and level". Masukkan sukatan cawan atau sudu dan ratakan dengan belakang pisau.
  • Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dll, sukat pada aras mata (eye level).
  • Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.
  • Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
  • Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai "hot spots". Jika biskut cepat masak pada satu "hot spot", putarkan loyang pembakar apabila telah hampir setengah masa waktu membakar.
  • Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit, masa bergantung kepada ketuhar yang anda gunakan.
  • Dalam setiap resipi, ia akan menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan "timer" dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba pastikan sama ada biskut sudah pun masak.
  • Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan yang ia betul-betul sejuk untuk mengelakkan mendapat biskut yang tidak rangup.
  • Simpan biskut di dalam bekas yang berlainan supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang rangup, simpan di dalam bekas kedap udara.
  • Kebanyakan biskut boleh dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan haribulan sebelum dibekukan.
  • Biskut yang menggunakan butter adalah lebih lemak dan sedap berbanding mengunakan majerin.
*****SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
AIDILFITRI

1 comments:

ambidexterous said...

terima kasih kak.sgt membantu bg sy yang baru nak belajar buat biskut raya

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT