TIPS SEBELUM MEMBUAT BISKUT

Saturday, September 29, 2007

Di sini kakcik ada beberapa tips untuk diketahui sebelum anda membuat biskut. Cuba ikuti langkah2 di bawah ini supaya anda dapat menghasilkan biskut yang betul2 menjadi. Jangan salahkan orang yang memberikan resipi andai kata biskut anda tidak menjadi tetapi baca dahulu tips di bawah ini samada anda betul2 mengikuti langkah2 yang sepatutnya :
  • Sebelum mula membakar, baca dan fahamkan resipi dan sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan.
  • Bahan-bahan kering seperti tepung, oats, garam, soda bikarbonate hendaklah digaul supaya dimasuki udara (aeration). Bahan-bahan kering harus disukat mengunakan cara "dip and level". Masukkan sukatan cawan atau sudu dan ratakan dengan belakang pisau.
  • Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dll, sukat pada aras mata (eye level).
  • Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.
  • Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
  • Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai "hot spots". Jika biskut cepat masak pada satu "hot spot", putarkan loyang pembakar apabila telah hampir setengah masa waktu membakar.
  • Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit, masa bergantung kepada ketuhar yang anda gunakan.
  • Dalam setiap resipi, ia akan menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan "timer" dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba pastikan sama ada biskut sudah pun masak.
  • Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan yang ia betul-betul sejuk untuk mengelakkan mendapat biskut yang tidak rangup.
  • Simpan biskut di dalam bekas yang berlainan supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang rangup, simpan di dalam bekas kedap udara.
  • Kebanyakan biskut boleh dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan haribulan sebelum dibekukan.
  • Biskut yang menggunakan butter adalah lebih lemak dan sedap berbanding mengunakan majerin.
*****SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
AIDILFITRI

BUKA PUASA - Puyuh Masak Serai


Bahan-bahannya:
5 ekor burung puyuh - dibersihkan dan dipotong 2

6 batang serai - ketuk hingga pecah bawahnya
(sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugurgaram secukup rasa
kunyit 
 
Bahan kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih

20 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus
 
Cara penyediaan :
Burung puyuh di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.
Angkat burung puyuh dan toskan minyaknya. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan burung puyuh yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa hidangan ini masih belum siap untuk di makan. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2.

BUKA PUASA - Lemon Quail




Bahan-bahannya :5 ekor burung puyuh - dibersihkan
1 sudu besar halia kisar* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.2 sudu besar tepung beras1 sudu besar tepung jagung1 sudu besar lada sulah1 sudu kecil garam1 sudu besar gula2 biji telur2 sudu besar susu sejat F&N

Cara penyediaan :
Satukan kesemua bahan di dalam satu mangkuk dan
gaul hingga adunan menjadi sebati. Masukkan burung puyuh yang telah di perap dengan halia dan goreng dalam dalam minyak yang agak panas dengan api yang sederhana. Bila burung puyuh sudah di goreng, toskan minyaknya dan potong burung puyuh dengan menggunakan pisau yang tajam. Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon. Sedap dihidangkan semasa panas.

SOS LEMONBahan-Bahan :
4 sudu besar jus lemon
5 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung
300 ml air atau ikut kepekatan yang anda inginkan
1 sudu besar cuka

Cara penyediaan :
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil lalu didihkan dan kacau hingga sos agak pekat sedikit. Padamkan api lalu sejukkan dan sedia untuk di gunakan.

BUKA PUASA - Burung Puyuh Masak Paprik




Bahan-bahannya :4 ekor burung puyuh, dipotong kecil
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang besar - dimayang2 batang serai - diketuk2 biji buah tomato - dipotong 45 biji cili padi, ditumbuk2 biji limau kasturi - diambil jusnya5 helai daun limau purut - disiat-siat
7 sudu makan sos cili6 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram3 sudu makan kicap manisbunga kobis, kacang panjang, karot & jagung muda - dipotong mengikut kesukaan andaminyak secukupnyaair secukupnyagaram dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng burung puyuh setengah masak, jangan terlalu garing. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk, kacau sekejap. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi. Pergghhh power!!!

BUKA PUASA - Burung Puyuh Pakapau




Bahan-bahan:
5 ekor burung puyuh
2 tangkai daun selasih
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
Kacang panjang - dipotong 1 1/2 inci panjang
6 biji cili api - diketuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
garam secukup rasa

Cara penyediaan:Burung puyuh dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan burung puyuh yang telah dibersih dan dipotong tadi bersama daun selasih. Apabila burung puyuh telah masak, masukkan sos tiram, kicap manis, cili api, kacang panjang, garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.

BUKA PUASA - Puyuh Goreng Berempah

Bahan-bahan :
5 ekor burung puyuh

1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu besar rempah kari daging
4 sudu besar tepung jagung
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
Gaulkan semua bahan dengan burung puyuh dan perapkan selama setengah jam. Panaskan minyak dan goreng burung puyuh sehingga masak.

Petua hari ini

Hilangkan bau nasi hangit?
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ni...

Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan
hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.


Tak tahu nak bersihkan siput sedut?

Jika anda menghadapi masalah untuk membersihkan siput sedut, ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesok
kan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengeratbahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.


**** Semoga petua2 yang kakcik berikan ini dapat menolong menyelesaikan masalah2 anda, insyaalah kalau ada lagi kakcik akan postkan disini....




BISKUT RAYA - Milky Cashewnut

Wednesday, September 26, 2007



 


Bahan-bahan
250 gm buttercup
185 gm gula perang
375 gm tepung gandum
125 gm gajus - dikisar
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji kuning telur - sapuan atas

100 gm biji gajus - hiasan

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula perang hingga kembang. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan gajus kisar, gaul hingga menjadi doh. Canai doh dan terap mengikut bentuk gajus atau bujur. Cucukkan biji gajus seperti gambar dan sapukan sedikit kuning telur di atasnya sebagai hiasan. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.

BISKUT RAYA - Orange Shortbread




Bahan-bahan :
250 gm mentega
60 gm gula kastor
260 gm tepung gandum
40 gm tepung beras
1/2 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar pati oren Sunquick
gula aising - untuk taburan

 
Cara penyediaan :
Campurkan kedua-dua tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan gula dan gaul rata. Masukkan mentega, pati oren dan esen vanilla, menggunakan hujung jari. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Bentukkan doh memanjang dan bentuk 4segi, masukkan ke dalam plastik dan gulung kemas adunan. Simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. Keluarkan dan potong adunan tadi setebal 1/2 cm. Susun biskut di atas dulang pembakar. Dengan menggunakan garfu, cucukkan permukaan biskut untuk menghasilkan corak. Bakar selama 20 minit. Keluarkan dari ketuhar dan taburkan dengan gula. Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA - Vienese Singer Cookies


 Bahan-bahan :
250 gm buttercup

3keping cheesedale (dicairkan)
130 gm gula kastor
320 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung 

cooking chocolate - hiasan
ceri merah - hiasan

Cara penyediaan :
Pukul buttercup dan gula hinga sebati. Masukkan cheese, tepung gandum dan jagung yang telah diayakkan sedikit demi sedikit. Pastikan adunan lembut & gunakan acuan samperit bunga cina. Bentukkan bunga cina & hiaskan dengan ceri merah.  Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit. Sejukkan dan hiaskan di atasnya dengan lakaran chocolate yang telah dicairkan. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA - Biskut Jejari Mohrenglanz

 



Bahan-bahan :
250 gm buttercup

70 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
300 gm tepung
1/2 sudu kecil baking powder
badam cincang 
biji badam (dipanggang) - untuk hiasan
coklat masak Mohrenglanz (boleh digantikan dengan coklat masak biasa)
* coklat mohrenglanz boleh didapat di pasaraya2 besar dan berkualiti tinggi

Cara penyediaan :
Ayak tepung dan baking powder, ketepikan seketika. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur, pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi bersama badam cincang hingga adunan menjadi sebati. Terap menggunakan acuan 4segi bujur dan letakkan biji badam panggang di atasnya. Bakar di dalam oven pada suhu 160'C atau anggaran 15-20 minit.  Hiaskan dengan white chocolate di atasnya.

BISKUT RAYA - Biskut Juraian Warna Warni


 

Bahan-bahan :
250 gm buttercup
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit coklat rice - hiasan
sedikit manik gula kecil warna-warni
cawan kertas kecil

Cara penyediaan :
Pukul buttercup dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan pukul lagi. Masukkan tepung dan gaul rata. Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di atas loyang pembakar. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C atau sehingga masak anggaran 15 minit. Keluarkan dan sejukkan, dan simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA - Biskut Makmur

Tuesday, September 25, 2007



 Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
minyak sapi - ikut lembut doh
gula aising - untuk salut biskut
Bahan Inti :
300 gm kacang tanah

70 gm gula halus

*kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dimesin halus dan dicampur dengan
gula
Cara penyediaan :
Gaulkan semua bahan doh hingga lembut dan boleh dibentukkan. Ambil seketul doh sebesar biji guli dan leperkan. Masukkan inti yang telah dibentuk bujur dan balut dengan doh tadi. Jadikan ia sebesar biji buah kurma.
Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 minit atau sehingga nampak masak.Sejukkan baru golekkan dalam gula aising.

BISKUT RAYA - Biskut Tart Gulung Blueberry






Bahan-bahan : 
60 gm buttercup
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Pewarna ungu
White cooking chocolate
Jem blueberry (boleh dibeli dikedai bahan kuih)
* boleh juga kalau nak buat sendiri.... 1kg blueberry - blend dan masak dengan 1 cawan gula dan 1/2 cawan air (masak hingga kering)

 
Cara penyediaan :

Gaulkan butter,majerin dan gula, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul lagi sehingga rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayakkan. Gaulkan sehingga rata dan sebati.Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan sepanjang 2 - 3 inci. Sudukan jem blueberry ke atas adunan dan gulungkan.  Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga selama 20 minit. Sejukkan dan hiaskan dengan lakaran white chocolate di atasnya.

* tujuan menggunakan white chocolate di atas biskut tadi adalah supaya dapat mengimbangkan rasa masam blueberry dengan rasa manis white choc.
 

BISKUT RAYA - Chocolate Cookies Pretzel


 

Bahan-bahan :
250 gm buttercup
 240 gm gula kastor
30 gm gula perang
400 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
30 gm serbuk koko Van Houten
200 gm coklat cip Vochelle
200 gm badam cincang
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh emplex

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi. Di dalam bekas yang berasingan, satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko, baking powder dan emplex. Masukkan campuran kering ini ke dalam adunan mentega. Kemudian masukkan coklat cip dan badam cincang, kacau hingga sebati. Gunakan sudu kecil, kaup sesudu dan letakkan di dalam loyang. Bakar di dalam oven dengan suhu 180'C atau selama 20 minit.

BISKUT RAYA - Biskut Samperit

Bahan-bahan :
250 gm buttercup
200 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
400 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad
Ceri merah dan hijau (dihiris dadu kecil)

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur, pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad. Gunakan acuan bunga cina dan terapkan ke atas loyang yang telah disapukan dengan mentega. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan hijau dan bakar di dalam oven hingga kekuning-kuningan.

BISKUT RAYA - Biskut Almond London





Bahan-bahan :
250 gm mentega
150 gm gula halus
550 gm tepung gandum
2 biji telur (diambil kuningnya)
1 sudu kecil emplex
cooking chocolate (double boiling)
badam (dipanggang / dibakar)
sedikit badam serbuk
(boleh gantikan dengan esen vanila tapi kureng skit la)
badam cincang
mangkuk kertas

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan tepung, emplex dan badam serbuk. Adun hingga menjadi doh yang boleh dibentuk. Ambil sedikit doh saiz sebesar guli dan balut badam, kemudian bentukkan menjadi bola bujur. Letakkan doh di dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175*C selama 20-25 minit atau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan dahulu. Setelah sejuk, masukkan biskut yang telah dibakar ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang telah dicairkan di atasnya. Taburkan dengan badam cincang dengan segera supaya ia betul2 melekat dengan coklat. Biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA - Biskut Kacang Mazola


Bahan-bahan :
200 gm kacang tanah - goreng & tumbuk halus
200 gm gula halus
250 gm tepung gandum
minyak mazola
1 biji telur

Cara penyediaan :
Gaul tepung gandum, gula dan kacang tanah hingga sebati. Kemudian masukkan minyak mazola secukupnya hingga adunan menjadi lembut dan tidak berketul. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli. Kemudian atur dalam dulang pembakar dan letakkan sebiji kacang sebagai hiasan di atasnya. Supaya kacang tidak terpisah daripada biskut selepas dibakar, sapukan kuning telur di atasnya dan hasilnya ia akan kelihatan lebih cantik.

BISKUT RAYA - Biskut Nestum Berkopi Badam

Thursday, September 20, 2007


 

Bahan-bahannya :
150 gm tepung naik sendiri, diayak
150 gm bijirin NESTUM  

90 gm serbuk badam
120 gm badam cincang
200 gram buttercup
150 gram gula kastor
1 biji telur
coklat masakan - cairkan2 sudu besar serbuk kopi nescafe dicampur dengan 2 sudu besar air panas

Cara penyediaan :
Ayak tepung, masukkan bijirin NESTUM dan badam; gaul rata dan ketepikan. Krim mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan campurkan NESCAFE. Kaup balikkan campuran tepung. Canai doh & potong segi4 sama dan letak diatas dulang pembakar yang telah dilenser. Taburkan serbuk nestum di atas permukaan adunan dan ratakan sedikit adunan. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah C selama 10 - 15 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit. 

BISKUT RAYA - Biskut Crystal Ball

Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna merah, kuning dan hijau

Cara penyediaan :
Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yang berlainan seperti merah, kuning dan hijau. Bentukkan adunan seperi bebola dan cantumkan 3 warna seperti dalam gambar. Masukan adunan dalam paper cup kecil. Bakar pada suhu 180'c selama 25 - 20 minit.

BISKUT RAYA-Biskut Rainbow Truffles

Bahan-bahannya :
250 gm mentega
200 tepung jagung - diayak
100 gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit sugar strands - hiasan

Cara penyediaan :
Kacau mentega dan gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata. Masukkan tepung jagung dan diuli. Canaikan adunan dan terapkan bentuk yang anda suka.
Sapukan kuning telur di atasnya. Kemudian hiaskan di atasnya dengan gula urai warna warni.
Bakar di dalam ketuhar hingga masak kemudian sejukkan atas rak.

BISKUT RAYA-Butter Cheezy Flake

 


Bahan-bahannya :
250 gm mentega
120 gm gula halus
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanilla
350 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
sedikit garam
parutan mozarella - hiasan

kelapa parut kering - hiasan

Cara penyediaan :

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning dan esen vanilla, pukul sehingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul rata. Bentukkan adunan menjadi bujur dan letakkan di atas loyang pembakar dan taburkan kelapa parut kering di atasnya. Bakar menggunakan suhu yang sederhana selama 10 minit sehingga separuh kekuningan. Keluarkan dan taburkan mozarella di atasnya dan bakar lagi selama 5 min. Sejukkan di atas redai dan masukkan di dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA- Biskut Almond Cornflakes





 

Bahan (A) :
130 gram mentega
145 gram gula kastor

secubit garam

Bahan (B) :
1 biji telur

Bahan (C) :
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung susu

1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan (D) :
50 gram cornflakes
70 gram badam cincang

Untuk Hiasan :
sedikit badam, dicincang
sedikit ceri hijau @ merah

Cara penyediaan :
Pukul bahan (A) sehingga lembut. Masukkan bahan (B). Pukul sehingga licin. Tambahkan bahan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati. Akhirnya, campurkan (D) dan gaul rata. Sendukkan 1 sudu teh adunan tadi dan bentukkan menjadi bebola. Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan diatas dulang yang telah digris. Hias atasnya dengan ceri hijau atau merah dan tekan sedikit. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 12 - 15 minit atau hingga kuning keemasan.

Nota: Biskut ini boleh juga diselaputi dengan oats yang telah dikisar untuk menggantikan badam cincang.

BISKUT RAYA-Biskut Almond Crunchies


Bahan-bahannya :
1 biji putih telur
1/2 sudu teh madu
1 - 2 titik esen badam (almond essence)
250 gram badam, dikisar
3/4 cawan gula castor
1 biji putih telur (extra)
1 cawan gula aising
60 gram hirisan badam

Cara penyediaan :
Pukul 1 biji putih telur sehingga gebu dan memekat, masukkan madu dan esen badam. Masukkan pula badam kisar dan gula yang telah disatukan dan masukkan kedalam adunan putih telur tadi. Gaul hingga sebati. Tutup dengan plastik cling wrap dan biarkan ia selama 12 jam atau semalaman. Pukul 1 biji putih telur (extra) sehingga gebu dan memekat. Masukkan setengah adunan putih telur ini ke dalam adunan putih telur yang telah diperap selama 12 jam. Gaul rata adunan itu lagi dan kemudian ambil doh bentukkan bulat dan golekkan pada gula aising dan atur di loyang pembakar. Ambil gelas dan tekan doh bulat dengan dasar gelas. Sapukan atas doh biskut dengan lebihan putih telur yang diketepikan tadi dan hiaskan dengan beberapa hirisan badam. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.

SALAM AIDILFITRI

Wednesday, September 19, 2007

Assalamualaikum wbt....

Tinggal kurang sebulan lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ramai yang beranggapan, berhari raya di kampung lebih seronok, tambahan pula budaya kunjung-mengunjungi yang menjadi amalan bagi masyarakat kampung membuatkan suasana raya bertambah meriah. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyai kampung halaman, tentu tidak dapat merasai kemeriahan berhari raya di kampung. Namun apakah berhari raya di bandar tidak boleh menjadi semeriah seperti di kampung?

Tidak kira samada di kampung mahupun di kota, kedatangan hari raya tetap akan disambut dan diraikan. Namun dalam kegembiraan dan keasyikan menyambut lebaran, jangan pula lupa menghayati erti sebenar Aidilfitri. Aidilfitri bukan hanya sebuah perayaan tetapi juga bulan yang penuh keberkatan jika dirayakan mengikut syariatnya.

Sempena Aidilfitri, KakCik ada menyediakan pelbagai koleksi biskut raya untuk tatapan pengunjung blog ini. Kepada rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan KakCik yang tetap setia hingga kini, KakCik memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan kalian untuk mendapatkan biskut raya seperti sebelumnya. Tahun ini KakCik terpaksa berehat tetapi akan meneruskan urusniaga seperti tahun2 sebelumnya menjelang Aidilfitri tahun depan. Demi untuk keluarga dan anak2, KakCik kena turun padang juga untuk persiapan ala kadar tetapi tetap meriah disambut.

"SELAMAT MENJENGUK KAKCIK RECIPE DAN SELAMAT MENCUBA....MOGA RAYA TAHUN INI DAPAT MENGHIDANGKAN KOLEKSI KAKCIK UNTUK TETAMU ANDA".

Wassalam

BISKUT RAYA-Biskut Mentega Badam

Sunday, September 16, 2007

Bahan-bahan :
120 gm buttercup - dipotong dadu
100 gm gula castor
120 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
1 biji kuning telur - dipukul perlahan
1 biji putih telur - untuk sapuan
buah badam cincang - untuk hiasan

Cara penyediaan :
Ayak tepung gandum dan tepung jagung ke dalam mangkuk adunan. Masukkan mentega buttercup dan gaul ramaskan sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula, kuning telur dan gaul sehingga adunan menjadi doh. Canai doh di atas papan pencanai sehingga menjadi nipis dan potong pastri dengan pemotong pastri. Sapukan biskut dengan putih telur dan taburkan badam. Bakar biskut pada kepanasan 170 darjah C selama 20 minit.

BUKA PUASA - Puding Karamel



Bahan-bahannya :
1 cawan gula - untuk dibuat gula hangus
10 biji telur  
1 tin susu cair
esen vanilla  
Gula (jika suka manis) - campur bersama telur & susu cair  
sedikit air  
sedikit pewarna kuning


Cara penyediaan :
Campurkan gula dengan sedikit air. Masak hingga gula bertukar keperangan. Angkat dan tuangkan di dalam acuan dan diketepikan. Campurkan telur, susu cair, pewarna kuning, esen vanilla dan sedikit gula (jika suka manis). Kacau hingga telur hancur dan sebati dengan susu tetapi jangan dipukul. Masukkan adunan ke dalam acuan yang berisi gula hangus. Kukus hingga masak

BUKA PUASA - Popia Goreng

 
Bahan-bahannya :
kulit popia - boleh dibeli di pasaraya
minyak untuk menggoreng
air - guna sebagai gam kulit popia

Bahan Inti :
10 batang jejari ketam - dipotong halus
1 batang karot - dipotong memajang
2 biji sengkuang - dipotong memanang
1 mangkuk kobis - diracik halus
5 batang kacang panjang - dipotong halus
garam


Cara penyediaan :
Panaskan air di dalam kuali. Apabila mendidih, masukkan garam dan kesemua bahan. Jangan biarkan terlalu lama kerana sayuran akan layu. Angkat dan toskan. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan bahan-bahan tadi di atasnya. Gulung popia dengan kemas dan letakkan sedikit air dihujung kulit agar ia melekat dengan kuat. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popia sehingga kelihatan kekuning-kuningan. Angkat dan hidangkan bersama sos cili.
KUAH CILI SOS
Bahan-bahannya :
7 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili sos
3 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cuka
1 cawan air
3 sudu besar gula
garam secukupnya

Cara penyediaan :
Mesinkan semua bahan. Masakkan sebentar sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.

Kuih Keria

 
Bahan-bahannya :
500 gm keledek kuning - rebus dan dilenyek
8 sudu teh tepung gandum
secubit garam
minyak untuk menggoreng
1 cawang gula pasir
1/2 cawan air

Cara penyediaan :
Campurkan keledek yang telah dilenyekkan tadi dengan tepung dan garam. Uli adunan hingga menjadi lembut. Bentukkan ia seperti donut. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperang-perangan. Angkat dan toskan minyak. Untuk salutan, campurkan air dan gula dan panaskan di atas api yang sederhana panas hingga ia kelihatan melekit. Celup kuih yang telah digoreng tadi ke dalam air gula. Kalau tidak gemar cara ini, lebih senang menggunakan gula aising dan taburkan ke atas gorengan kuih tadi.

BUKA PUASA - Roti John



 









Bahan-bahannya :
300 gm daging@ ayam cincang
2 labu bawang besar
3 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
lada sulah
sedikit marjerin - untuk menggoreng
bun hotdog
sos cili
mayonis

Cara penyediaan :
Perapkan daging @ ayam cincang bersama garam dan lada sulah. Panaskan kuali dan masukkan bawang besar, goreng hingga lembut. Masukkan daging @ ayam dan goreng hingga masak. Ketepikan sebentar. Satukan telur yang telah dipukul bersama garam dan lada sulah (lebihkan sedikit) dan masukkan adunan daging @ ayam tadi. Gunakan kuali leper, panaskan dan letakkan sedikit majerin di atasnya. Roti dibelah dua dan sudukan adunan tadi ke atas roti dan tekapkan perlahan-lahan ke atas kuali. Kaupbalikkan roti hingga
campuran telur dan daging @ ayam tadi masak. Angkat dan letakkan sos cili dan mayonis di atasnya dan bolehlah dimakan.

BUKA PUASA - Roti Kerca Kari Daging

 
Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
3 biji telur
sedikit garam
air secukupnya
sedikit majerin

Bahan sampingan :
daun bawang - dipotong halus
bawang goreng

Cara penyediaan :
Campurkan kesemua bahan hingga menjadi seperti adunan 'pancake'. Masukkan kesemua adunan ke dalam mesin pengisar supaya adunan menjadi sebati tanpa ada ketulan2 tepung. Panaskan kuali leper tidak melekit dan sapukan sedikit majerin di atasnya. Tuangkan sedikit adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan menjadi nipis. Masakkan atas api yang perlahan sehingga ia menjadi keperang-perangan. Angkat dan gulungkan. Potong selebar 1cm dan hidangkan dengan kari daging (ada dalam resipi kakcik...). Kalau nak lebih sodap, taburkan di atasnya dengan bawang goreng dan daun bawang. Selamat mencuba....

BUKA PUASA - Kuih Cara Manis

 
Bahan-bahan :
120 gm tepung beras
250 ml santan kelapa
1 biji telur
secubit sudu teh garam
1/2 cawan air pandan pekat
gula pasir

Cara penyediaan :
Campurkan tepung dan telur di dalam mangkuk dan masukkan santan. Kacau hingga sebati dan masukkan air daun pandan dan kacau lagi. Masukkan ke dalam teko atau benda yang boleh dituang. Panaskan acuan cara dan sapukan sedikit minyak menggunakan simpulan daun pandan. Masukkan adunan ke dalam acuan agak-agak 3/4 penuh. Jangan masukkan terlalu penuh kerana kita akan meletakkan gula di bahagian tengahnya. Selepas memasukkan gula, tutup acuan menggunakan tudung periuk. Gunakan api yang perlahan dan biarkan ia sehingga masak. Cungkil tepi acuan dan keluarkan. Boleh terus dihidangkan.

BUKA PUASA - Kuih Talam Gula Merah

Saturday, September 15, 2007

 
Bahan lapisan bawah:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air biasa
* masakkan kesemuanya dan sejukkan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air mendapan kapur

Cara penyediaan :

Panaskan periuk kukus terlebih dahulu dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
Gaulkan adunan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit. Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu supaya apabila kita letakkan lapisan atas, ia akan lebih melekat.

Bahan lapisan atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan :

Gaul kesemua bahan dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja. Tuang atas adunan bawah yang telah dicakarkan tadi dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

BUKA PUASA - Mee Udang Kakcik



 

Bahan-bahan :
1 peket mee kuning - dicelur
150 gm taugeh - dicelur sebentar
75 gm kangkung - dicelur sebentar
3 biji telur - direbus & dibelah 2
20 ulas bawang merah - dihiris
200 gm isi ayam
250 gm udang putih (sederhana)
sedikit gula batu atau gula pasir

sedikit garam
100 gm cili pes
5 cawan air rebusan udang - dibuat daripada rebusan kepala udang
sedikit minyak

Cara penyediaan :

Panaskan minyak, goreng bawang merah sampai kuning. Angkat, toskan minyaknya dan simpan dalam bekas kedap udara. Gunakan lebihan minyak tadi untuk menumis pes cili hingga naik baunya, angkat sebahagian daripadanya untuk dihidangkan bersama mee nanti. Tuangkan air rebusan udang seterusnya masukkan isi ayam, udang, gula dan garam. Biarkan mendidih perlahan sampai gula batu cair sekirannya menggunakan gula batu. Angkat udang dan ayam . Goreng semula udang dan belah dua untuk diatur di atas mee. Letakkan mee dalam mangkuk bersama taugeh serta kangkung. Curahkan kuah udang, aturkan udang dan isi ayam yang telah dipotong keping. Taburkan bawang goreng, telur rebus dan hidangkan bersama sambal tadi.

BUKA PUASA - Cara Keledek Goreng

 
Bahan-bahan :
1 kg ubi keledek kuning (lebih manis rasanya)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
Keledek dibuang kulitnya kemudian direbus dengan sedikit garam. Apabila sudah empuk, angkat, toskan kemudian dilecek hingga halus dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaulkan hingga sebati dan lembut. Bentukkan bulat kemudian isikan dengan satu sudu teh gula pasir kemudian bentukkan semula adunan menjadi bulat. Buat hingga selesai semuanya dan goreng dalam minyak yang secukupnya hingga masak dan kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan semasa berbuka puasa.....

BUKA PUASA - Bubur Cha-Cha


 

Bahan-bahan :
1/2 biji keladi - dipotong dadu
1 biji keledek kuning - dipotong dadu
100 gm cha-cha
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 kotak kecil santan M&S
2 cawan air
sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara penyediaan :
Rebus cha-cha dan ubi hingga empuk di dalam periuk yang berasingan. Toskan airnya. Masakkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan bersama air di dalam periuk. Apabila gula telah larut, masukkan cha-cha bersama ubi, santan dan garam. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Apabila agak mendidih bolehlah ditutup api dan angkat. Jikalau pekat, bolehlah ditambah sedikit air lagi.

BUKA PUASA - Apam Kukus Warnasari



Bahan-bahan :
1/2 cawan gula
 3 cawan tepung beras
1 cawan tapai
1 1/2 cawan air

1/2 sude teh baking powder
pewarna - 2 jenis
acuan plastik/cawan teh cina
kelapa parut
sedikit garam

Cara penyediaan :
Tapai diramaskan dan tapis untuk mendapatkan airnya. Masukkan air tapai di dalam bekas bersama-sama dengan tepung beras, air dan gula. Biarkan sebati dan pastikan tidak ada ketulan2 tepung. Adunan hendaklah pekat, biarkan semalaman. Besok paginya campurkan adunan tadi bersama baking powder. (Sementara itu panaskan acuan ke dalam pengukus untuk memastikan acuan itu betul2 panas). Keluarkan setengah daripada adunan tadi ke dalam bekas yang berlainan dan campurkan pewarna mengikut kesukaan anda. Apabila acuan telah panas, masukkan adunan ke dalam acuan setakat 3/4 daripada saiz acuan. Kukus selama 25 minit. Pastikan anda tidak membuka tudung pengukus sebelum ia cukup masak kerana ini menyebabkan apam tidak naik dan kembang. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.



BUKA PUASA - Laksa Penang


Bahan-bahan :
1 bungkus laksa kering - direndam hingga lembut, kemudian rebus

2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 pokok daun kesum
10 ekor ikan kembung @ sardin
5 keping asam gelugur
3 sudu besar petis
1 tin besar ikan sardin - dilecek
5 mangkuk air rebusan ikan
3 mangkuk air
garam secukupnya

Bahan sampingan :
1 pokok daun pudina - dihiris kasar
1/2 mangkuk nenas - dipotong dadu
1 biji timun - dihiris nipis dan potong memanjang
2 biji limau nipis - dibelah
2 labu bawang besar - dihiris nipis

Bahan giling :
5 biji cili kering
4 biji cili api
3 biji bawang besar
1 mangkuk nenas

Cara penyediaan :
Mesin ikan sardin dan isi ikan yang telah direbus tadi bersama air. Masukkan isi ikan yang telah dimesin ke dalam periuk bersama air rebusan ikan, air, bahan giling, petis, bunga kantan, daun kesum dan asam gelugur. Didihkan atas api yang perlahan hingga kuah kelihatan sedikit pekat. Masukkan garam dan siap untuk dihidangkan bersama laksa yang telah direbus dan bahan-bahan sampingan tadi. Selamat berbuka puasa dan jangan lupa komen.....

BUKA PUASA - Serunding Daging


Bahan-bahan:  
1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar - goreng tanpa minyak dan tumbuk

Bahan kisar :
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :

Rebus daging hingga empuk, angkat dan sejukkan dahulu. Tumbuk daging terlebih dahulu, kemudian siat sehingga halus. Simpan air rebusan daging untuk dicampur bersama santan, lebih kurang 3 cawan. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yang ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering. Jangan berhenti mengacau, takut ianya hangus. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Pastikan anda menggunakan sudu yang kering semasa mengambilnya bagi memastikan serunding tahan lama.

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT