KEK RAYA - Kek Sponge

Saturday, October 6, 2007


Bahan-bahan :
225 gm gula pasir
120 gm mentega
200 gm tepung gandum
7 biji telur ayam

2 sudu teh soda bikarbonat
5 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan :
Gula pasir dijadikan gula hangus (masakkan gula), kemudian masukkan 2 cawan air dan kacau biar rata. Pukul telur dan mentega hingga kembang, masukkan susu dan pukul lagi. Bila adunan telah naik, masukkan tepung yang sudah diayak bersama soda bikarbonat. Masukkan vanilla dan akhir sekali gula hangus dan kacau biar sebati. Tuang ke dalam acuan pembakar yang sudah dialas dengan kertas minyak dan bakar hingga masak.

KEK RAYA - Kek Oren Kismis


Bahan-bahan :
150 gm gula halus
125 gm tepung gandum
75 cc minyak jagung
100 cc susu cair
75 gm kismis hitam dan kuning
6 biji putih telur
6 biji kuning telur
3 sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh cream of tartar
1/4 sudu teh rempah kuih
1 sudu besar oren Sunquick

Cara penyediaan :
Pukul putih telur dengan gula dan cream of tartar hingga kembang. Satukan bahan yang lain dan digaul rata lalu masukkan ke dalam putih telur. Kacau hingga rata dan masukkan ke dalam acuan. Bakar adunan hingga masak, lebih kurang 45 minit - 1 jam.

KEK RAYA - Kek Gulung Coklat

Bahan-bahan :
220 gm gula halus
10 biji telur
220 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
200 gm minyak jagung

Bahan aising :
100 gm mentega
120 gm gula aising

Cara penyediaan :
Ayakkan bersama tepung gandum, serbuk koko dan baking powder. Pukul telur dengan gula hingga pekat, masukkan minyak dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan campuran tepung sambil digaulkan hingga sebati. Tuang adunan dalam acuan dan bakar adunan hingga masak. Sementara itu putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Apabila kek sudah masak, angkat dan sejukkan. Setelah itu sapukan krim mentega di atasnya dan gulungkan kemas-kemas dan sejukkan.

KEK RAYA - Kek Pelangi


Bahan-bahan :
250 gm mentega
350 gm gula halus
4 bij telur
400 gm tepung naik sendiri
sedikit serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan :
Pukul gula dengan mentega sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga rata. Masukkan tepung dan esen vanilla. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dimasukkan serbuk koko dan satu lagi bancuhan asal. Masukkan ke dalam acuan berselang seli dan bakar sehingga masak.

KEK RAYA - Mocha Chocolate Cake

Wednesday, October 3, 2007


Bahan-bahan :
100 gm mentega
160 gm marjerin
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
5 biji telur
50 ml susu segar
1 sudu besar pes kopi
250 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil esen vanilla
Krim coklat - hiasan
Hershey bar - hiasan

Cara penyediaan :
Pukul mentega, marjerin, gula perang dan gula kastor hingga kembang dan gebu. Masukkan telur berselang-seli dengan susu, tepung, pes kopi dan esen vanilla. Tuang ke dalam tin pembakar berbentuk bulat yang telah dialas dan dilenser dengan mentega. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160'C selama 45 minit - 1 jam atau hingga kekuningan dan di bahagian tengahnya betul2 masak. Anda boleh tahu bahawa ianya benar2 masak dengan menyucuk lidi di tengah2 kek itu dan pastikan bahawa tiada tepung yang melekat di lidi tersebut. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan. Sapukan kelilingnya dengan krim coklat dan hiaskan di atasnya dengan parutan coklat di kelilingnya. Simpan di tempat dingin.

KEK RAYA - Kek Pandan Kelapa

Bahan-bahan :
375 gm mentega
340 gm gula kastor
7 biji telur
60 ml susu segar
350 gm tepung naik sendiri
30 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil esen pandan
sedikit pewarna hijau
krim mentega - hiasan
kelapa kering - hiasan

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung. Kaup balikkan hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna hijau dan kacau perlahan supaya warna seperti berbelang. Tuang ke dalam tin pembakar mengikut bentuk kegemaran yang dilenser dengan minyak serta ditaburi tepung. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175'C selama 1 jam hingga keemasan. Apabila masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan. Sebelum menghidang, ratakan krim mentega berwarna putih dan taburkan dengan kelapa kering.

BISKUT RAYA - Biskut Nestum Snowy

Tuesday, October 2, 2007


Bahan-bahan :
250 gm buttercup
300 gm gula kastor
250 gm nestum

430 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh serbuk koko
200 gm minyak sapi
 
susu tepung - hiasan
Cara penyediaan :
Campurkan oat, gula kastor, serbuk koko, minyak sapi dan mentega. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut. Anda tidak perlu menggunakan kesemua tepung yang ada. Ambil sedikit doh dan bentukkan ia bujur seperti jari. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu di atas suhu 160'C. Apabila telah masak, taburkan susu tepung di atasnya dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA - Tart Nenas Gulung



Bahan-bahan :
260 gm mentega
1 sudu besar gula aising
450 gm tepung gandum
75 gm susu tepung
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu besar minyak sapi QBB
1/2 sudu teh garam
Cara penyediaan :
Gaul rata mentega, gula, telur, minyak sapi dan garam. Masokkan susu tepung dan tepung gandum lalu di gaul lagi hingga sebati. Biarkan adunan selama 1/2 jam. Gunakan acuan samperit dan pamkan sepanjang 5cm & potong menggunakan pisau. Ambil secubit jem nenas dan bujurkan kurang sedikit saiz lebar doh yg telah dipotong tadi. Letakkan jem nenas di atas doh & gulung dengan kemas. Sapukan kuning telur di atasnya dan bakar.

BISKUT RAYA - Biskut Nescafe Bar



Bahan-bahan :
250 gm mentega
220 gm gula kastor
450 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 sudu besar nescafe - dicairkan

2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
chocolate bar-dicairkan secara double boiling
white choc-dicairkan secara double boiling
sedikit bijan - disangai tanpa minyak

Cara penyediaan :
Pukul gula dan mentega hingga sebati dan kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan Nescafe dan esen vanila. Akhir sekali masukkan campuran tepung tadi dan uli. Canai adunan tadi dan terap mengikut bentuk 4segi bujur dan bakar di dalam oven selama 15-20 minit. Keluar & sejukkan dahulu di atas redai. Sapukan coklat yang telah dicairkan & gunakan white chocolate sbg hiasan. Letakkan bijan yang telah disangai di atas biskut.

BISKUT RAYA - Biskut Mentega Kacang Rangup



Bahan-bahan :300 gm mentega kacang
250 gm marjerin
185 gm gula kastor
185 gm gula perang
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
350 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda

Cara penyediaan :
Pukul mentega kacang, marjerin, gula kastor dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla. Campurkan tepung, baking soda dan baking powder ke dalam adunan mentega kacang tadi. Bentukkan doh menjadi bulat sebesar ibu jari dan letakkan di dalam loyang pembakar. Jarakkan setiap doh agak2 2 inci. Gunakan garfu yang telah dicelupkan ke dalam tepung dan lakarkan di atas doh tadi untuk meleperkannya. Bakar di dalam oven dengan suhu 175'C atau selama 15-20 minit sehinga keperang-perangan. Angkat dan biarkan sejuk, taburkan gula halus di atasnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA - Chocolate Cookies Pretzel

 


Bahan-bahan :

3/4 cawan mentega tanpa garam - dicairkan 
185 gm gula perang 
125 gm gula pasir
 310 gm tepung gandum 
1/2 sudu teh soda bikarbonate
 1/2 sudu teh garam
 1 sudu teh esen vanilla
 1 biji telur
 2 cawan semisweet chocolate chips

Cara penyediaan :
Pukul butter yang telah dicairkan, gula perang dan gula pasir sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur, pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan gaul menggunakan senduk kayu. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 2 inci. Bakar biskut selama 10 - 15 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas.

BISKUT RAYA - Biskut Nutty Oat



Bahan-bahan :
125 gm mentega
75 gm gula kastor
125 gm gula perang
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
220 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
90 gm oat
50 gm walnut cincang

Cara penyediaan :
Pukul shortening, gula kastor dan gula perang hingga kembang dan ringan. Campurkan dengan telur dan esen vanilla. Masukkan campuran tepung, baking soda dan garam, pukul lagi hingga adunan sebati. Masukkan oat dan walnut cincang. Bujur2 kan adunan dan jarakkan anggaran 1 inci di atas loyang pembakar. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga keperang-perangan. Gunakan suhu panas 180'C. Keluarkan biskut yang telah masak dengan segera dan letakkan di atas rak penyejuk. Taburkan oat di atasnya & barulah di simpan di dalam bekas kedap udara.


BISKUT RAYA - Chocolate Chip Cornflake Cookies



Bahan-bahan :
250 gm mentega

230 gm gula perang
100 gm gula kastor
2 biji telur
2 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking soda
200 gm tepung gandum
230 gm cornflake
1 cawan cip coklat semisweet
1 cawan walnut - dicincang

buah ceri-hiasan
 

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, susu dan esen vanilla, pukul lagi. Masukkan campuran tepung, baking soda dan garam, kacau hingga sebati. Akhir sekali tambahkan cornflakes, cip coklat dan walnut cincang. Gunakan kaedah 'dropping' menggunakan sudu kecil ke atas loyang (tidak perlu melenserkan majerin ke atasnya). Letakkan hirisan ceri di atasnya dan bakar di dalam oven dengan suhu 175'C selama 10 minit dan biarkan sejuk selama 1 minit di atas rak penyejuk.

BISKUT RAYA - Biskut Oat Kismis Berempah

Bahan-bahan :
125 gm mentega125 gm shortening (perisa mentega)
185 gm gula perang
125 gm gula kastor2 biji telur1 sudu teh esen vanilla230 gm tepung gandum1 sudu teh baking soda1 sudu teh serbuk kayu manis½ sudu teh serbuk bunga cengkih½ sudu teh garam90 gm oat185 gm kismis hitam

Cara penyediaan :
Pukul mentega, shortening perisa mentega, gula perang, gula, telur dan esen vanilla sehingga gebu dan sebati. Masukkan, tepung, baking soda, serbuk kayu manis, serbuk bunga cengkih dan garam. Gaul sebati. Masukkan pula oats dan kismis. Gunakan teknik “dropping” menggunakan sudu letakkan adunan diatas loyang pembakar. Bakar selama 10 – 12 minit dengan suhu 175'C atau sehingga kekuningan. Jangan terlalu garing, nanti rasanya menjadi kesat atau terlalu kering. Biarkan sejuk selama 2 minit dan simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA - Pandan Oat Macaroon

Monday, October 1, 2007

Bahan-bahan :140 gm gula kastor250 gm mentega
2 biji kuning telur

50 gm kelapa
50 gm oat
1 sudu teh pes pandan
300 gm tepung gandum

Cara penyediaan :

Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur, kelapa, oat dan pes pandan. Gaul rata. Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis. Uli sebati.
Terap adunan mengikut bentuk kesukaan dan bakar hingga masak.

BISKUT RAYA - Shortbread Oat All Spice

Bahan-bahan :
250 gm mentega
150 gm gula kastor

320 gm tepung gandum
90 gm oats
80 gm tepung beras
1 sudu teh serbuk rempah McCormick - hiasan
sedikit gula halus - untuk hiasan

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan bahan kering dan gaul rata. Tekan ke dalam acuan shortbread atau canai dan terap dengan acuan kesukaan anda. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 30minit hingga warna bertukar kuning keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan taburkan dengan campuran gula kastor dan rempah. Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT RAYA - Biskut Candy Oat Chocolate





Bahan-bahan :
110 gm mentega
140 gm shortening
160 gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
250 gm tepung naik sendiri
70 gm oat
20 gm serbuk koko Van Houten

Cara penyediaan :
Putar mentega, shortening dan gula hingga kembang dan lembut. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau rata. Masukkan pula serbuk koko yang telah dicampur dengan tepung dan kacau sehingga boleh dibuat doh lembut. Bulat kecil doh letakkan hirisan kecil ceri di atasnya sebagai hiasan. Bakar dalam suhu 180'C selama 15-20 minit.

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT