Nasi Lemak KakCik

Bahan-bahan :

1 kg beras
Air secukupnya
150 gm santan

4 helai daun pandan
2 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil halba
1 inci halia (dihiris)

Bahan tumis:
2 labu bawang besar (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit minyak untuk menumis


Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan masukkan kesemua bahan tumis tadi. Kacau hingga kekuningan dan masukkan air, daun pandan dan serai. Biar hingga mendidih, masukkan beras yang telah ditoskan, santan dan halba. Tutup periuk dan biarkan hingga kering. Kaup balikkan nasi dan biarkan hingga betul2 masak dan boleh dihindangkan bersama sambal, ikan bilis, telur dan kacang goreng.



Your Ad Here
KaKCiK | ReCiPeS

Mee Goreng Special

Bahan-bahan :

2 pek mee kuning

300 gm taugeh
1/2 labu bawang putih (ditumbuk kasar)

1 ikat sawi (agak2 RM1.00)
200 gm isi ayam (dicincang kasar)
sedikit udang (dibuang kulit)
1 keping fish cake (dihiris nipis)
3 sb cili kisar

1 sb sos tiram
2 sb sos cili
6 sb kicap pekat
2 sb kicap biasa
2 sb sos ikan
1 sk gula

Cara penyediaan :
Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili, kicap pekat, kicap biasa, sos ikan dan gula, biar hingga wangi. Masukkan ayam,udang, fish cake dan batang sawi. Kacau hingga ayam masak dan masukkan sedikit air. Campurkan taugeh dan daun sawi, kacau. Masukkan mee kuning dan biar hingga sebati dan lembab sedikit. Angkat dan hidangkan bersama taburan daun bawang, cili potong dan bawang goreng.

Your Ad Here
KaKCiK | ReCiPeS

KaKCiK kEmBaLi LaGi VeRsiON 2

aSSaLamuaLaiKum.....

pekabar semua pengunjung kakcik? minta mahap la sbb dah lama x jot apa2 langsung kat sini. bln december ari tu kakcik ingat dah boleh aktif la balik, rupa2 nya silap la pulak. baru jer publish kat orang kata nak start balik, dah kantoi plak.....berganda2 kesibukan kakcik selama ini berbanding sebelum dapat baby. tup2 kakcik dah tinggalkan blog ni lebih 1thn...lama tuh....kira orang pun dah lupa kat kakcik ni. tapi xpe....kakcik akan start balik pas ni, tambah2 dah dekat nak puasa, pas tu raya plak.....time ni la kakcik lagi busy kat blog ni. kakcik kena gak luangkan masa tuk semua pengunjung kat sini.


apa2 pun nantikan resipi dan berita2 terkini kakcik sepanjang kehilangan yang penuh dengan misteri ini...hehehe...cam cite expose mistik la plak. dulu kakcik dah janjikan untuk mengabadikan baby kakcik kat sini kan......so tuk korang yang masih lagi ingat blog kakcik ni, belek2 la baby yang selalu bikin duniaku kecoh dan tunggang terbalik serta tidur malamku tak nyenyak....hehehe



Your Ad Here
KaKCiK | ReCiPeS

KakCik kembali lagi..........

Assalamualaikum....
Minta maaf banyak2 kepada pengunjung blog kakcik yang ramai tertanya2 dan menghantar email berbakul2 kat kakcik bertanyakan ke manakah menghilangnya kakcik? Terimakasih la atas keperihatinan anda dan untuk itu juga kakcik kuatkan semangat waja untuk kembali berjuang di blog ini....tapi resepi tu belum tentu lagi la versatile nya..he..he...apa2 pun kita tunggu dan lihat je..TUNGGUUUUUUUUU>>>>>>>

Kakcik sekarang ni sibuk la skit nak jaga baby yang dah mencecah 3bln usianya. Kekadang tu berkepit gak la ngan dia depan PC, jenguk2 blog dan email. Nanti kakcik akan postkan gambarnya yang kembang semangkuk tu untuk tatapan semua. Jadi kakcik rasa dah tiba masanya untuk kakcik sambung kembali resipi2 yang terbengkalai tak jadi selepas raya tempohari, disebabkan kakcik pun raya tak abis2 lagi..terlupa plak nak post kat blog sendiri. Tapi alhamdulillah masih ada pengunjung setia yang menjenguk kat sini dan drop kan email mereka.

Akhir sekali...nantikan resipi2 sensasi kakcik dalam masa terdekat ni, tak pun tahun depan...ye la tahun depan pun lagi 2 minggu jer kan.

Wassalam dan selamat menyambut tahun baru dengan azam baru yang lebih menjanjikan sesuatu pembaharuan dan kebahagiaan. Semoga tahun 2008 ini akan lebih memerdekakan kita, insyaallah....

.....kakcik/dec2007

Your Ad Here
KaKCiK | ReCiPeS