Showing posts with label Soup. Show all posts
Showing posts with label Soup. Show all posts

BUKA PUASA - Soto Ayam KakCik

Friday, September 14, 2007



 
Bahan-bahannya :
3 bungkus nasi impit ADABI yang telah direbus

1 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar

sudu teh serbuk jintan halus

1 sudu teh serbuk lada putih

2 batang serai, dititik

1 cm lengkuas - diketuk

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa

5 sudu besar minyak untuk menumis


Bahan kisar :

2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit hidup


Bahan untuk Sambal Kicap :
8 biji cili padi

2 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap lemak manis
* masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar halus

Bahan Hiasan :
bergedil
taugeh yang telah dicelur

daun sup - dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam - yang telah disiat-siat

Cara penyediaan :
Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkuas yang telah diketuk dan kacau sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan, air dan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak. Angkat ayam dan siatkan isinya. Masukkan semula tulang ayam tadi ke dalam periuk sup.
Cara menghidang :
Nasi impit dipotong dadu dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

Sup Makaroni

Thursday, July 5, 2007




Bahan-bahan :
200 gm makaroni - direbus sehingga lembut dan toskan
500 gm ayam - dipotong kecil 3 biji kentang - potong dadu
1 batang carrot - dipotong dadu
sedikit bunga kobis - dipotong kecil
10 ketul bebola ikan
1 pokok daun sup - dipotong
1 pokok daun bawang - dihiris nipis
1 s/b lada hitam (biji)
bawang goreng
sedikit garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan kacau sehingga naik bau. Masukkan air, biji lada hitam, garam, kentang, karot dan bebola ikan. Biarkan mendidih. Bila sudah masak hidangkan dengan macaroni dan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng. Jika nak pedas tambahkan cili hiris dan perahan limau.

BUKA PUASA - Mi Sup Daging dan Tulang Gezort

Wednesday, June 13, 2007

Bahan-bahan :
1 kilo daging + tulang rawan
2 bungkus sup bunjut
3 biji ubi kentang
2 batang karot
2 inci halia - dihiris kasar
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam (biji)
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 batang daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dipotong 1 inci pjg
Garam secukup rasa


Bahan kisar :
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih



Cara penyediaan :
Rebuskan tulang sehingga dagingnya lembut. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan hirisan halia ke dalam periuk berisi tulang dan rebus lagi sehingga empuk. Apabila daging dan tulang telah empuk, masukkan ubi kentang dan bahan kisar dan biarkan sehingga ia menggelegak. Masukkan pula karot dan hirisan daun sup serta garam. Sementara menunggu karot empuk, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis tadi. Kacau dalam api perlahan sehingga garing. Apabila bawang telah garing, angkat kuali dan tuangkan bawang bersama minyak ke dalam periuk sup tadi. Masukkan juga lada hitam dan potongan daun bawang. Padamkan api dan tutup periuk, biarkan sup sebati bersama tumisan bawang goreng tadi. Selepas 5 minit angkat dan hidangkan bersama mi, mihun ataupun nasi putih. Jika dimakan bersama mi atau mihun, pastikan adanya cili tumis supaya rasanye lebih ummpphhhh.................

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT