Penghantaran Makanan Dalam Mangkuk Tingkat-7 (ALOR SETAR SAHAJA)

Sunday, March 30, 2014

Untuk warga Alor Setar yang berulangkali menghubungi KakCik bertanyakan penghantaran lauk sia, harap maaf sebab KakCik tidak menyimpan segala nombor2 telefon mereka disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan ketika itu. Untuk pengetahuan semua, KakCik baru sahaja memulakan perniagaan lauk sia ini bermula pada bulan Mac 2014. Disertakan menu untuk bulan April untuk tatapan bloggers yang berminat ya. Boleh hubungi KakCik di no 0179855352 untuk sebarang pertanyaan k?

MENU BULAN APRIL 2014
AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU

1 AYAM MASAK PADANG 2 DAGING SALAI CILI PADI 3 OPOR AYAM 4 CUTI 5 CUTI


SAMBAL TELUR KCG BOTOL GORENG CILI
RAITA (SALAD INDIA)


MASAK LEMAK NANGKA SALAD TAUHU
TELUR DADAR MAYONIS





6 AYAM MASAK KICAP 7 DAGING BAMIA 8 AYAM BLACK PEPPER 9 KARI IKAN TALANG & NENAS 10 NASI LEMAK HALBA 11 CUTI 12 CUTI
SUP BEBOLA AYAM SAYUR CAMPUR 
LABU MASAK LEMAK KACANG BUNCIS GORENG
RENDANG AYAM
PAJERI NENAS SAMBAL KENTANG
TAUHU SUMBAT TELUR DADAR
SAMBAL BILIS






13 AYAM MASAK SAMBAL 14 SOTONG GORENG KUNYIT 15 AYAM MASAK SERAI 16 AYAM PAPRIK 17 KARI DAGING 18 CUTI 19 CUTI
SUP SAYUR SAYUR CAMPUR
KCG BOTOL GORENG CILI KOKTEL SOSEJ AYAM
SAMBAL TEMPE BILIS
TELUR MASAK KICAP SAMBAL TELUR
BERGEDIL SAYUR CAMPUR
BAYAM TUMIS AIR






20 AYAM LEMAK CILI PADI 21 SAMBAL DAGING 22 AYAM GORENG KUNYIT 23 IKAN CENCARU SUMBAT 24 NASI PLANTA 25 CUTI 26 CUTI
KOBIS GORENG TAUGEH IKAN MASIN
SUP MAKARONI TERUNG BERLADO
AYAM MASAK MERAH
TELUR MASAK KICAP TAUHU GORENG BERSOS
SAMBAL TELUR MATA SUP PETOLA
ACAR TIMUN





27 KURMA AYAM MASALA 28 SAMBAL TUMIS KERANG 29 DAGING LADA HITAM 30 AYAM KAPITAN BEREMPAH


SAWI GORENG SAYUR CAMPUR KOBIS GORENG  LABU TUMIS AIR


SUP TELUR KANGKUNG BELACAN ACAR NENAS TAUHU SUMBAT


Abah Dah Tiada..........

Assalamualaikum bloggers sume.

Rasanya dah lama KakCik tak post apa2 di sini, hampir setengah tahun rasanya. Bermula dari bulan Oktober 2013 apabila abah dimasukkan ke Hospital disebabkan kesukaran menelan makanan. Seminggu sebelum menjelangnya AidilAdha, bermula episod hitam dalam hidup KakCik. Hari pertama abah dimasukkan, abah masih dalam keadaan baik seperti hari2 sebelumnya cuma abah mengalami kesukaran untuk menelan sebarang makanan maupun minuman. Pemeriksaan dan ujian dilakukan berulang kali di dalam sehari dan hampir ketika darahnya diambil untuk diuji. Abah disahkan mempunyai jangkitan kuman di dalam darahnya, selepas itu didiagnos mempunyai tumor otak yang melarat di sebelah kiri. Makin hari keadaannya semakin merosot hingga abah tidak boleh bangun dan berjalan. Abah cuma boleh terlantar di atas katil hingga belakang badannya berlubang akibat terlalu lama baring di atas katil. KakCik amat sedih melihatkan keadaan abah yang sebegitu. Kanser abah telah mengganggu saraf dan anggota badan yang lain. Kadang2 kaki abah sakit yang teramat sangat hingga abah menyuruh kami memotong sahaja kakinya. Kadang2 abah tidak sedar di mana dia berada, meracau & mengerang seperti kanak2. Kadang2 abah seperti berada 10 tahun kebelakang apabila dia melarang anak2 KakCik bermain2 dengan barang2 & peralatan pertukangannya di mana ketika itu 2orang anak2 KakCik masih kecil dan mereka membesar bersama abah dan mak. Terimakasih abah & mak kerana menjaga mereka dengan sebaik2nya, budi kalian tidak dapat dibayar dengan apa sekalipun. Mak tetap setia di sisi abah tanpa mempedulikan dirinya yang juga mengalami masalah lutut dan kesihatan yang agak kurang baik. Telah menjadi rutin KakCik akan menjenguk mak & abah tiap2 pagi, membawa sarapan untuk mak dan membawa pulang baju2 kotor untuk dibasuh. Dalam pukul 9.30-10 pagi terpaksa bergegas pulang untuk menyediakan lauk sia pelanggan yang masih mengharapkan kedatangan KakCik ke rumah mereka pada waktu tengahari. Agak kalut dan tertekan menghadapi keadaan sebegini berseorangan, untuk mengambil anak pulang dari sekolah & tadika ketika itu yang mana waktu pulang dari sekolah tidak seragam. Sampai satu ketika abah meminta KakCik untuk menjaganya dan berhenti dari membuat penghantaran lauk sia. KakCik terkedu dengan permintaannya tetapi terpaksa akur sebab pada KakCik masa untuk menjaga abah di saat ini amat berharga. Setelah hampir 2 minggu keadaan berjalan dalam suasana yang agak rumit, akhirnya KakCik mengambil keputusan untuk berhenti untuk sementara waktu dan terpaksa memberitahu setiap pelanggan setia KakCik akan keadaan yang sedang berlaku. Alhamdulillah sumenya memberi semangat untuk KakCik berada di sisi abah tanpa perlu memikirkan kehendak orang lain. Syukur....KakCik terasa kelegaan yang teramat sangat sebab dapat meluangkan masa yang lebih untuk abah dan mak yang tak pernah kenal putus asa.

Masa terus berjalan hingga memakan masa mencecah hampir 3bulan kami berkampung di Hospital namun KakCik amat bahagia sebab Allah telah memberi saat dan ketika KakCik berada di kampung halaman sendiri di kala abah menderita sakit. KakCik membersihkan badan abah, menyuap abah makan dan membawa abah meronda sekitar hospital menaiki kerusi roda. Pada bulan Disember, KakCik ingin membawa abah pulang ke rumah disebabkan tiada apa lagi yang boleh dibuat di Hospital dan pihak Hospital juga menyarankan kami untuk membawa abah pulang supaya hari2 terakhir abah boleh diluangkan bersama keluarga terutamanya cucu2 abah yang seramai 13orang. 2 tahun lepas abah mengalami situasi yang sama dan terlantar di Hospital hampir 2 bulan lamanya. Ketika itu KakCik bersama suami & anak2 berada di Kuantan, Pahang. Alangkah sedihnya terpaksa meninggalkan abah yang masih terlantar di Hospital sebab tanggungjawab kepada kerja masih ada. Allah Maha Mengetahui & Menyayangi KakCik kerana Dia membenar dan mengizinkan KakCik untuk bersama2 abah hingga ke akhir hayatnya. Tiada siapa yang menjangka pemergian abah pada malam itu, perginya dengan tenang tanpa memberitahu sesiapa kerana abah tidak mahu kami menangis terutamanya KakCik yang saban hari meluangkan masa bersama abah. 

Perginya abah pada malam Jumaat 2/1/2014 meninggalkan tahun 2013 dan selepas menyambut ulangtahun kelahirannya di Hospital pada 21/10/2013. Pada malam itu KakCik tengok abah tidur dengan tenang tanpa meratap sakit seperti hari2 sebelumnya. Melihat jam sudah pukut 9.15malam, KakCik terpaksa pulang ke rumah sebab anak2 di rumah tiada siapa yang menjaga. Alhamdulillah mereka tiga beradik amat memahami segala permasalah KakCik dan tidak pernah merungut tentang makan minum yang kadang kala tak menentu waktu makan. Syukur Ya Allah kerana Kau telah mengurniakan anak2 yang begitu baik dan memahami segalanya. Setiba di rumah dan baru sahaja memijak lantai rumah, KakCik menerima panggilan dari mak, penuh tangisan meminta KakCik datang segera ke Hospital sebab abah mengalami kesukaran bernafas. Sebaik membuka pintu gril rumah, KakCik tergamam melihatkan seekor biawak betul2 di hadapan paras dada KakCik sedang bertenggek di pintu gril itu. Sepanjang hayat KakCik belum pernah berdepan situasi yang begini dan di kala itu terdetik perkara yang tidak elok bakal berlaku. Sebelum ini KakCik hanya mendengar kata orang tua bahawa biawak itu petanda tidak elok tapi KakCik tidak pernah ambil pusing dengan benda2 sebegini sebab...ya lah kan benda yang tak masuk dek akal. KakCik terus memecut ke Hospital dan tiba di sana dalam pukul 10.10malam. Hampir saja tiba di bilik abah, KakCik ditahan oleh adik bongsu agar tidak masuk ke dalam bilik dan ketika itu hati KakCik meraung dan menyalahkan diri sendiri kerana balik ke rumah. KakCik tetap bertegas untuk masuk dan KakCik tengok bilik abah dipenuhi dengan doktor yang bertugas dan beberapa org nurse dan pembantu hospital. KakCik memang tidak dapat menahan tangisan, memegang tangan abah yang ketika itu disokong oleh CPR tetapi bacaan yang tidak stabil. KakCik membisikkan 2 kalimah syahadah di telinganya ber ulang kali tetapi tiada respon. Nadinya semakin lemah dan tindak balas cuma dapat bertahan untuk beberapa saat. Akhirnya KakCik meminta pihak Hospital untuk menghentikan CPR kerana amat kasihan melihat keadaan abah yang tidak mampu menahan kesakitan yang teramat sangat. Sejurus itu, untuk pertama kali dalam seumur hidup KakCik, dapat melihat jantung abah perlahan2 menunjukkan garisan mendatar dan berbunyi tittttttttttttt......Ya Allah....abah telah meninggalkan KakCik untuk selama2nya. Abah yang amat menyayangi KakCik, satu2nya anak perempuan abah walaupun KakCik jarang menghargainya semasa abah hidup kerana abah tidak pernah menzahirkannya dengan kata2. Tetapi jauh di sudut hatinya, abah selalu bercerita yang baik2 tentang KakCik kepada saudara2 yang rapat dengannya & staf2 di Lion Club tempat dia menjalani haemodylisis selama 11tahun. Ketika itu baru KakCik tahu betapa sayangnya abah kepada KakCik tetapi banyak benda yang KakCik tidak dapat buat untuk membayar segala kasih sayangnya. Tetapi alhamdulillah Dia masih memberi peluang untuk KakCik berada di sisinya di kala dia kesakitan dan hingga akhir hayatnya. Moga abah diampunkan segala dosa2nya dan diletakkan bersama golongan2 hambaNya yang beriman soleh & moga dijauhkan abah dari azab siksa api neraka....aminn ya rabbal alamin.

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT