Assalamualaikum bloggers sume.
Rasanya dah lama KakCik tak post apa2 di sini, hampir setengah tahun rasanya. Bermula dari bulan Oktober 2013 apabila abah dimasukkan ke Hospital disebabkan kesukaran menelan makanan. Seminggu sebelum menjelangnya AidilAdha, bermula episod hitam dalam hidup KakCik. Hari pertama abah dimasukkan, abah masih dalam keadaan baik seperti hari2 sebelumnya cuma abah mengalami kesukaran untuk menelan sebarang makanan maupun minuman. Pemeriksaan dan ujian dilakukan berulang kali di dalam sehari dan hampir ketika darahnya diambil untuk diuji. Abah disahkan mempunyai jangkitan kuman di dalam darahnya, selepas itu didiagnos mempunyai tumor otak yang melarat di sebelah kiri. Makin hari keadaannya semakin merosot hingga abah tidak boleh bangun dan berjalan. Abah cuma boleh terlantar di atas katil hingga belakang badannya berlubang akibat terlalu lama baring di atas katil. KakCik amat sedih melihatkan keadaan abah yang sebegitu. Kanser abah telah mengganggu saraf dan anggota badan yang lain. Kadang2 kaki abah sakit yang teramat sangat hingga abah menyuruh kami memotong sahaja kakinya. Kadang2 abah tidak sedar di mana dia berada, meracau & mengerang seperti kanak2. Kadang2 abah seperti berada 10 tahun kebelakang apabila dia melarang anak2 KakCik bermain2 dengan barang2 & peralatan pertukangannya di mana ketika itu 2orang anak2 KakCik masih kecil dan mereka membesar bersama abah dan mak. Terimakasih abah & mak kerana menjaga mereka dengan sebaik2nya, budi kalian tidak dapat dibayar dengan apa sekalipun. Mak tetap setia di sisi abah tanpa mempedulikan dirinya yang juga mengalami masalah lutut dan kesihatan yang agak kurang baik. Telah menjadi rutin KakCik akan menjenguk mak & abah tiap2 pagi, membawa sarapan untuk mak dan membawa pulang baju2 kotor untuk dibasuh. Dalam pukul 9.30-10 pagi terpaksa bergegas pulang untuk menyediakan lauk sia pelanggan yang masih mengharapkan kedatangan KakCik ke rumah mereka pada waktu tengahari. Agak kalut dan tertekan menghadapi keadaan sebegini berseorangan, untuk mengambil anak pulang dari sekolah & tadika ketika itu yang mana waktu pulang dari sekolah tidak seragam. Sampai satu ketika abah meminta KakCik untuk menjaganya dan berhenti dari membuat penghantaran lauk sia. KakCik terkedu dengan permintaannya tetapi terpaksa akur sebab pada KakCik masa untuk menjaga abah di saat ini amat berharga. Setelah hampir 2 minggu keadaan berjalan dalam suasana yang agak rumit, akhirnya KakCik mengambil keputusan untuk berhenti untuk sementara waktu dan terpaksa memberitahu setiap pelanggan setia KakCik akan keadaan yang sedang berlaku. Alhamdulillah sumenya memberi semangat untuk KakCik berada di sisi abah tanpa perlu memikirkan kehendak orang lain. Syukur....KakCik terasa kelegaan yang teramat sangat sebab dapat meluangkan masa yang lebih untuk abah dan mak yang tak pernah kenal putus asa.
Masa terus berjalan hingga memakan masa mencecah hampir 3bulan kami berkampung di Hospital namun KakCik amat bahagia sebab Allah telah memberi saat dan ketika KakCik berada di kampung halaman sendiri di kala abah menderita sakit. KakCik membersihkan badan abah, menyuap abah makan dan membawa abah meronda sekitar hospital menaiki kerusi roda. Pada bulan Disember, KakCik ingin membawa abah pulang ke rumah disebabkan tiada apa lagi yang boleh dibuat di Hospital dan pihak Hospital juga menyarankan kami untuk membawa abah pulang supaya hari2 terakhir abah boleh diluangkan bersama keluarga terutamanya cucu2 abah yang seramai 13orang. 2 tahun lepas abah mengalami situasi yang sama dan terlantar di Hospital hampir 2 bulan lamanya. Ketika itu KakCik bersama suami & anak2 berada di Kuantan, Pahang. Alangkah sedihnya terpaksa meninggalkan abah yang masih terlantar di Hospital sebab tanggungjawab kepada kerja masih ada. Allah Maha Mengetahui & Menyayangi KakCik kerana Dia membenar dan mengizinkan KakCik untuk bersama2 abah hingga ke akhir hayatnya. Tiada siapa yang menjangka pemergian abah pada malam itu, perginya dengan tenang tanpa memberitahu sesiapa kerana abah tidak mahu kami menangis terutamanya KakCik yang saban hari meluangkan masa bersama abah.
0 comments:
Post a Comment