Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

BUKA PUASA - Puding Karamel

Sunday, September 16, 2007



Bahan-bahannya :
1 cawan gula - untuk dibuat gula hangus
10 biji telur  
1 tin susu cair
esen vanilla  
Gula (jika suka manis) - campur bersama telur & susu cair  
sedikit air  
sedikit pewarna kuning


Cara penyediaan :
Campurkan gula dengan sedikit air. Masak hingga gula bertukar keperangan. Angkat dan tuangkan di dalam acuan dan diketepikan. Campurkan telur, susu cair, pewarna kuning, esen vanilla dan sedikit gula (jika suka manis). Kacau hingga telur hancur dan sebati dengan susu tetapi jangan dipukul. Masukkan adunan ke dalam acuan yang berisi gula hangus. Kukus hingga masak

BUKA PUASA - Popia Goreng

 
Bahan-bahannya :
kulit popia - boleh dibeli di pasaraya
minyak untuk menggoreng
air - guna sebagai gam kulit popia

Bahan Inti :
10 batang jejari ketam - dipotong halus
1 batang karot - dipotong memajang
2 biji sengkuang - dipotong memanang
1 mangkuk kobis - diracik halus
5 batang kacang panjang - dipotong halus
garam


Cara penyediaan :
Panaskan air di dalam kuali. Apabila mendidih, masukkan garam dan kesemua bahan. Jangan biarkan terlalu lama kerana sayuran akan layu. Angkat dan toskan. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan bahan-bahan tadi di atasnya. Gulung popia dengan kemas dan letakkan sedikit air dihujung kulit agar ia melekat dengan kuat. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popia sehingga kelihatan kekuning-kuningan. Angkat dan hidangkan bersama sos cili.
KUAH CILI SOS
Bahan-bahannya :
7 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili sos
3 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cuka
1 cawan air
3 sudu besar gula
garam secukupnya

Cara penyediaan :
Mesinkan semua bahan. Masakkan sebentar sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.

BUKA PUASA - Kuih Cara Manis

 
Bahan-bahan :
120 gm tepung beras
250 ml santan kelapa
1 biji telur
secubit sudu teh garam
1/2 cawan air pandan pekat
gula pasir

Cara penyediaan :
Campurkan tepung dan telur di dalam mangkuk dan masukkan santan. Kacau hingga sebati dan masukkan air daun pandan dan kacau lagi. Masukkan ke dalam teko atau benda yang boleh dituang. Panaskan acuan cara dan sapukan sedikit minyak menggunakan simpulan daun pandan. Masukkan adunan ke dalam acuan agak-agak 3/4 penuh. Jangan masukkan terlalu penuh kerana kita akan meletakkan gula di bahagian tengahnya. Selepas memasukkan gula, tutup acuan menggunakan tudung periuk. Gunakan api yang perlahan dan biarkan ia sehingga masak. Cungkil tepi acuan dan keluarkan. Boleh terus dihidangkan.

BUKA PUASA - Kuih Talam Gula Merah

Saturday, September 15, 2007

 
Bahan lapisan bawah:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air biasa
* masakkan kesemuanya dan sejukkan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air mendapan kapur

Cara penyediaan :

Panaskan periuk kukus terlebih dahulu dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
Gaulkan adunan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit. Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu supaya apabila kita letakkan lapisan atas, ia akan lebih melekat.

Bahan lapisan atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan :

Gaul kesemua bahan dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja. Tuang atas adunan bawah yang telah dicakarkan tadi dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

BUKA PUASA - Cara Keledek Goreng

 
Bahan-bahan :
1 kg ubi keledek kuning (lebih manis rasanya)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
Keledek dibuang kulitnya kemudian direbus dengan sedikit garam. Apabila sudah empuk, angkat, toskan kemudian dilecek hingga halus dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaulkan hingga sebati dan lembut. Bentukkan bulat kemudian isikan dengan satu sudu teh gula pasir kemudian bentukkan semula adunan menjadi bulat. Buat hingga selesai semuanya dan goreng dalam minyak yang secukupnya hingga masak dan kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan semasa berbuka puasa.....

BUKA PUASA - Apam Kukus Warnasari



Bahan-bahan :
1/2 cawan gula
 3 cawan tepung beras
1 cawan tapai
1 1/2 cawan air

1/2 sude teh baking powder
pewarna - 2 jenis
acuan plastik/cawan teh cina
kelapa parut
sedikit garam

Cara penyediaan :
Tapai diramaskan dan tapis untuk mendapatkan airnya. Masukkan air tapai di dalam bekas bersama-sama dengan tepung beras, air dan gula. Biarkan sebati dan pastikan tidak ada ketulan2 tepung. Adunan hendaklah pekat, biarkan semalaman. Besok paginya campurkan adunan tadi bersama baking powder. (Sementara itu panaskan acuan ke dalam pengukus untuk memastikan acuan itu betul2 panas). Keluarkan setengah daripada adunan tadi ke dalam bekas yang berlainan dan campurkan pewarna mengikut kesukaan anda. Apabila acuan telah panas, masukkan adunan ke dalam acuan setakat 3/4 daripada saiz acuan. Kukus selama 25 minit. Pastikan anda tidak membuka tudung pengukus sebelum ia cukup masak kerana ini menyebabkan apam tidak naik dan kembang. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.



BUKA PUASA - Bingka Ubi Kayu

Friday, September 14, 2007



Bahan-bahannya :
500 gm ubi kayu- diparut
1 biji telur

1 kotak kecil santan M&S
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen pisang

gula melaka - dimasak
sedikit garam

Cara penyediaan :
Ubi kayu diparut halus. Campurkan bersama bahan-bahan lain dan lain-lain sehingga sebati.
Sapu loyang dengan mentega dan tuangkan adunan ke dalamnya. Bakar dengan suhu 160c selama 50 minit. Apabila adunan telah masak, besarkan api oven ke 180c dan bakar lagi selama 10 minit. Cucuk di bahagian tengah adunan dengan menggunakan lidi untuk menentukan yang adunan telah betul-betul masak. Jikalau tiada kesan melekat disekitar lidi, bermakna adunan memang telah masak. Keluarkan adunan dari oven dan sejukkan, kemudian bolehlah dipotong dan dihidangkan.

BUKA PUASA - Bingka Jagung

Thursday, September 13, 2007



Bahan-bahan :
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter - cairkan

Cara penyediaan :
Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang ataupun berbuka puasa.

BUKA PUASA - Kuih Lompang



Bahan A :
2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur [biarkan mendap & ambil air jernih]

Kelapa muda parut - gaul dgn garam

Bahan B [masak sehingga mendidih dan tapiskan]
1/2 cawan gula biasa
1 ketul gula kabung

4 cawan air

Cara penyediaan :
Bancuhkan tepung dengan air kapur. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata. Panaskan cawan kecil dalam kukusan. Gunakan teko untuk menuang adunan ke dalam acuan kecil tadi. Kukus selama 20 minit. Angkat dan sejukkan. Apabila telah sejuk, keluarkan kuih dari acuan dengan mencungkil sekeliling acuan dan letakkan kelapa parut yang telah digaul dengan garam di tengah-tengah lubang kuih tadi.

BUKA PUASA - Puding Roti Karamel



Bahan-bahan :
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti
 
1 buku roti Gardenia [10 keping] 
1 tin susu cair F&N
2 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad Lady's Choice

Cara penyediaan :
Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Gaul rata semua bahan A dan masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yang telah dicairkan. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis. Kukuskan selama 30 minit. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. atau sebagai dessert pada hari biasa.

BUKA PUASA - Puding Jagung




Bahan-bahan : 
1 cawan susu cair F&N 
1 cawan jagung cream
1 cawan gula pasir halus
 

1 cawan tepung kastad Lady's Choice  
1 cawan tepung jagung Maizena
5 cawan air

 Cara Penyediaan :  
Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam periuk diatas api sehingga nampak masak. Masukkan dalam acuan puding kaca dan sejukkan. Keluarkan dari peti sejuk dan bolehlah dihidangkan semasa sejuk.

BUKA PUASA - Apam Pisang Kukus

Wednesday, September 5, 2007

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas
3/4 cawan mentega - dicair dan disejukkan
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula pasir
sedikit garam

Cara penyediaan :

Tepung gandum diayak dengan baking powder dan baking soda. Pisang dilecek halus dan digaul dengan garam. Pukul telur bersama gula hingga sebati, masukkan mentega cair dan tepung yang telah digaul rata bersama baking powder dan soda. Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega. Kukus selama 45 minit. Pastikan kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan angkat tutup kukusan dengan perlahan supaya wap tidak jatuh ke dalam kuih.

BUKA PUASA - Pulut Sekaya aka Seri Muka

Thursday, July 19, 2007




Bahan-bahan (lapisan bawah) :
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair
sedikit garam

Bahan-bahan (lapisan atas) :
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan air daun pandan (pekat)
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
2 biji telur
sedikit garam
sedikit kulit kayu manis (tumbuk halus & tapis bersama jus pandan)

**Masukkan santan, gula, telur, garam, air daun pandan dan kulit kayu manis yang telah ditapis ke dalam blender dan mesin hingga berbuih. Keluarkan dan campurkan adunan bersama tepung gandum dan tepung beras. Kacau hingga sebati dan tuang ke atas pulut yang telah dikukus.

Cara penyediaan :
Bersihkan pulut dan rendam agak2 3 jam sebelum dimasak. Toskan airnya dan kukuskan sehingga masak. Sediakan loyang bulat atau 4 segi berukuran 8". Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik. Kukuskan semula dan tuangkan adunan lapisan atas perlahan-lahan ke atas pulut tadi. Kukus lebih kurang 1/2 jam dan sejukkan dahulu. Gunakan pisau plastik untuk memotong supaya tidak melekat dan senang dikeluarkan daripada loyang.
**Kalau nak lebih sedap dan kalau rajin, bakarkan pulut sekaya yang telah dimasak ini menggunakan api arang. Caranya : letakkan ketulan arang dan sabut di atas bekas aluminium dan tutupkan bahagian atas loyang dengan aluminium ini. Biarkan sebentar hingga lapisan atas pulut sekaya kelihatan keperang-perangan, barulah diangkat. Rasanya lebih sedap...kalau tak percaya, cuba tengok. Tapi kerjanya leceh skit la.....

Cekodok Pisang

Monday, July 16, 2007

 
Bahan-bahan : 1 sikat pisang emas yang betul2 masak
2 sudu besar gula
sedikit garam
5 sudu besar susu segar
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
Campurkan pisang, susu segar, gula dan garam di dalam mesin pengisar dan kisar hingga pisang hancur. Keluarkan ke dalam bekas dan masukkan tepung dan baking powder. Gaul hingga sebati. Jika adunan kelihatan cair, tambahkan lagi dengan tepung sedikit demi sedikit. Jemputkan kecil2 menggunakan tangan dan goreng di dalam minyak yang betul2 panas sehingga kuning keemasan atau agak garing. Jangan selalu kacau gorengan..nanti ia kemek dan tak bulat. Kalau nak guna tangan tu pastikan bersihkan dulu sebab kalau menggunakan sudu, bentuknya kureng bulat dan tak boleh nama ball la kan...

BUKA PUASA - Tauhu Sumbat

Thursday, July 5, 2007

Bahan-bahan :
6 keping tauhu
timun - dipotong memanjang
sedikit taugeh - dicelur
carrot - dipotong memanjang
sedikit salad - dihiris
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
Tauhu dipotong 3 segi dan goreng sampai masak. Belahkan bahagian tengah tetapi jangan putus (agak2 muat ruang untuk dimasukkan sayuran). Masukkan sayuran dalam belahan tahu dan hidangkan dengan sos cili.

Sos Cili
Bahan-bahan :
3 sudu besar pes cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 cawan air
sedikit garam & gula
sedikit cuka

Cara penyediaan :
Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan kacau di atas api yang perlahan. Kacau sehingga kuah menjadi agak pekat. Tuangkan ke atas tauhu dan boleh terus dimakan ataupun dimakan bersama nasi putih.

BISKUT RAYA - Brownies



Bahan-bahan A :1 cawan susu cair Ideal
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang (brown sugar)

Bahan-bahan B (digaul rata) :
2 biji telur gred B
1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan C (diayak)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko vochelle (memang fav kak cik)
1 sudu kecil serbuk baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara penyediaan :
Panaskan oven dahulu pada suhu 175'C selama 10 minit.
Kacau bahan A supaya sebati. Masukkan bahan B dan kacau rata. Kemudian masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati. Lapikkan kertas dalam loyang 4segi bersaiz 10x10 inci. (loyang 4 segi lebih mudah daripada loyang bulat sebab kita akan memotong brownies ini selepas dibakar dan saiznya nanti akan menjadi sama). Bakar selama 45 - 50 minit. Sejukkan kek dan salutkan dengan krim coklat.

Cara membuat krim coklat :
250 gm cooking coklat
1 sudu besar butter/majerin
1 sudu kecil susu cair

Cara penyediaan krim :
Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil. Bila coklat telah cair, tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati dan masukkan susu cair dan kacau lagi. Salutkan pada kek dan gunakan garpu untuk menggaris di atas kek sebagai hiasan. Apabila krim coklat telah sejuk, bolehlah dipotong brownies mengikut saiz 1x1inci, masukkan di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanannya kerana coklat mudah menjadi kulat jika tidak dijaga dengan betul.








KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT