Showing posts with label kek raya. Show all posts
Showing posts with label kek raya. Show all posts

KEK RAYA - Kek Sponge

Saturday, October 6, 2007


Bahan-bahan :
225 gm gula pasir
120 gm mentega
200 gm tepung gandum
7 biji telur ayam

2 sudu teh soda bikarbonat
5 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan :
Gula pasir dijadikan gula hangus (masakkan gula), kemudian masukkan 2 cawan air dan kacau biar rata. Pukul telur dan mentega hingga kembang, masukkan susu dan pukul lagi. Bila adunan telah naik, masukkan tepung yang sudah diayak bersama soda bikarbonat. Masukkan vanilla dan akhir sekali gula hangus dan kacau biar sebati. Tuang ke dalam acuan pembakar yang sudah dialas dengan kertas minyak dan bakar hingga masak.

KEK RAYA - Kek Oren Kismis


Bahan-bahan :
150 gm gula halus
125 gm tepung gandum
75 cc minyak jagung
100 cc susu cair
75 gm kismis hitam dan kuning
6 biji putih telur
6 biji kuning telur
3 sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh cream of tartar
1/4 sudu teh rempah kuih
1 sudu besar oren Sunquick

Cara penyediaan :
Pukul putih telur dengan gula dan cream of tartar hingga kembang. Satukan bahan yang lain dan digaul rata lalu masukkan ke dalam putih telur. Kacau hingga rata dan masukkan ke dalam acuan. Bakar adunan hingga masak, lebih kurang 45 minit - 1 jam.

KEK RAYA - Kek Gulung Coklat

Bahan-bahan :
220 gm gula halus
10 biji telur
220 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
200 gm minyak jagung

Bahan aising :
100 gm mentega
120 gm gula aising

Cara penyediaan :
Ayakkan bersama tepung gandum, serbuk koko dan baking powder. Pukul telur dengan gula hingga pekat, masukkan minyak dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan campuran tepung sambil digaulkan hingga sebati. Tuang adunan dalam acuan dan bakar adunan hingga masak. Sementara itu putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Apabila kek sudah masak, angkat dan sejukkan. Setelah itu sapukan krim mentega di atasnya dan gulungkan kemas-kemas dan sejukkan.

KEK RAYA - Kek Pelangi


Bahan-bahan :
250 gm mentega
350 gm gula halus
4 bij telur
400 gm tepung naik sendiri
sedikit serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan :
Pukul gula dengan mentega sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga rata. Masukkan tepung dan esen vanilla. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dimasukkan serbuk koko dan satu lagi bancuhan asal. Masukkan ke dalam acuan berselang seli dan bakar sehingga masak.

KEK RAYA - Mocha Chocolate Cake

Wednesday, October 3, 2007


Bahan-bahan :
100 gm mentega
160 gm marjerin
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
5 biji telur
50 ml susu segar
1 sudu besar pes kopi
250 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil esen vanilla
Krim coklat - hiasan
Hershey bar - hiasan

Cara penyediaan :
Pukul mentega, marjerin, gula perang dan gula kastor hingga kembang dan gebu. Masukkan telur berselang-seli dengan susu, tepung, pes kopi dan esen vanilla. Tuang ke dalam tin pembakar berbentuk bulat yang telah dialas dan dilenser dengan mentega. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160'C selama 45 minit - 1 jam atau hingga kekuningan dan di bahagian tengahnya betul2 masak. Anda boleh tahu bahawa ianya benar2 masak dengan menyucuk lidi di tengah2 kek itu dan pastikan bahawa tiada tepung yang melekat di lidi tersebut. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan. Sapukan kelilingnya dengan krim coklat dan hiaskan di atasnya dengan parutan coklat di kelilingnya. Simpan di tempat dingin.

KEK RAYA - Kek Pandan Kelapa

Bahan-bahan :
375 gm mentega
340 gm gula kastor
7 biji telur
60 ml susu segar
350 gm tepung naik sendiri
30 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil esen pandan
sedikit pewarna hijau
krim mentega - hiasan
kelapa kering - hiasan

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung. Kaup balikkan hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna hijau dan kacau perlahan supaya warna seperti berbelang. Tuang ke dalam tin pembakar mengikut bentuk kegemaran yang dilenser dengan minyak serta ditaburi tepung. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175'C selama 1 jam hingga keemasan. Apabila masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan. Sebelum menghidang, ratakan krim mentega berwarna putih dan taburkan dengan kelapa kering.

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT