Gulai Rebung Bersama Udang

Saturday, March 20, 2010



Bahan-bahan :
3 batang rebus kuning (dibelah/dipotong kasar)
**untuk menghilangkan bau yang kuat, rebuskan dahulu rebung ini di dalam periuk yang berasingan selama 10min. Angkat dan buang air rebusan, cuci rebung hingga bau yang kurang menyenangkan itu agak berkurangan.
100gm udang hidup
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar kerisik
1/2 mangkuk santan pekat

Bahan tumis :
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntuk bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil halia kisar
2 sudu besar bawang besar kisar

Cara penyediaan :
Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan ke semua bahan tumis. Kacau hingga garing dan masukkan serbuk kari daging dan ikan yang telah dicampur bersama air dan dijadikan pes. Kacau hingga naik bau dan masukkan kerisik. Apabila agak garing, masukkan rebung yang telah direbus dan air, biarkan hingga mendidih dan rebung menjadi layu supaya rasa rempah meresap ke dalam rebung tersebut. Akhir sekali, masukkan udang dan biarkan hingga masak, tuang santan ke dalam periuk dan kacau sehingga menggelegak di atas api yang perlahan.

Sate Daging/Ayam

Friday, March 5, 2010


Bahan-bahan :
1 kg daging/ayam - dipotong mengikut saiz satay
lidi untuk menyucuk daging/ayam
1 batang serai - diketuk
sedikit minyak
sedikit santan

Bahan perap :
3 batang serai
1 sudu kecil ketumbar
1 inci lengkuas
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar kunyit

Cara penyediaan :
Gaul kesemua bahan perap dan kisar hingga halus. Campurkan bersama potongan daging/ayam dan gaul hingga sebati. Perap adunan tersebut di dalam peti sejuk selama 8-10 jam supaya ramuan meresap ke dalam daging/ayam. Setelah diperap, bolehlah dikeluarkan dan cucuk daging/ayam menggunakan lidi dan dibakar. Gunakan batang serai yang telah diketuk untuk menyapu minyak yang dicampur dengan sedikit santan semasa membakar untuk mendapatkan aroma yang wangi. Boleh dimakan bersama kuah kacang.

Mee Rebus Desa Aman




Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning - dicelur
 2 biji ubi kentang
1 biji ubi keledek
segenggam udang hidup - saiz kecil
**udang direbus di dalam periuk berasingan.
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar udang kering - ditumbuk halus
1/4 inci halia - dikisar
2 sudu besar pes cili
3 sudu besar minyak
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cadangan hiasan :
3 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu
Cili merah - dihiris nipis
bawang goreng
daun bawang - dipotong
limau nipis - dibelah 4
telur rebus

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering hingga garing. Masukkan pes cili dan kacau hingga naik bau. Masukkan campuran kentang dan keledek bersama air dan air rebusan udang ke dalam periuk. Biarkan ia menggelegak dan tambahkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga kuah menjadi pekat dan tutup api. Masukkan segenggam mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Letakkan di atasnya tauhu goreng, udang rebus, cili merah, bawang goreng, telur rebus dan daun bawang. Tuang kuah dan perah 1 potong limau ke atasnya dan bolehlah dimakan.


Bilis Kacang Pedas Manis

Bahan-bahan :
1/4 kg ikan bilis - digoreng
150 gm kacang tanah - digoreng
1/2 kg ubi kentang - dihiris nipis dan digoreng
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar bawang besar (dikisar)
3 sudu besar pes cili
1/4 mangkuk air asam jawa
1 sudu teh sos ikan
5 sudu besar gula

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama pes cili. Kacau hingga garing dan terbit bau. Masukkan air asam jawa, sos ikan dan gula. Kacau hingga pekat dan masukkan kesemua ikan bilis, kacang tanah dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan hingga semua sebati dan masukkan ke dalam penyejat untuk membuang lebihan minyak. Apabila minyak telah keluar dan kering, biarkan sambal ini kering sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara. Boleh disimpan lama selagi mana anda mahu, sesuai dijadikan bekalan untuk mereka yang menuntut di luar negara.


Daging Masak Itam





Bahan-bahan :
1kg daging batang pinang -dipotong 14
2 batang serai - diketuk
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh kerisik
1/2 mangkuk kicap manis cap kipas udang
sedikit garam
1 sudu besar gula
500ml air

Bahan kisar :
2 labu bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar pes cili

Bahan tumis :
3 helai daun kari
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi

Cara penyediaan :
Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan kesemua bahan tumis serta bahan yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan terbit bau. Masukkan serai, serbuk jintan, serbuk ketumbar, kerisik, kicap manis, daging dan air. Kacau dan tutup periuk, biarkan hingga daging empuk. Jika kurang air, boleh ditambahkan lagi sehingga daging betul2 empuk. Akhir sekali masukkan garam dan gula, kacau hingga kuah menjadi pekat tetapi jangan sampai terlalu kering. Bolehlah dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi tomato.



Sambal Tumis Telur



Bahan-bahan :
4 biji telur - digoreng ala mata kerbau
1 sudu besar bawang besar yang telah dikisar
4 sudu besar pes cili
1/4 mangkuk air asam jawa
sedikit garam
sedikit gula

Cara penyediaan :
Panakan minyak dan tumis bawang besar serta pes cili. Kacau hingga garing dan terbit bau, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan ia mendidih dan masukkan telur yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati dan sedikit pekat. Angkat dan hidangkan. Sesuai untuk anda yang perlukan hidangan paling cepat dan sedap.

Ikan Tenggiri Goreng Bercili



Bahan-bahan :
3 ketul ikan tenggiri
1 labu bawang besar
3 sudu besar pes cili
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh gula
sedikit garam
sedikit kunyit
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
Ikan dibersihkan dan dilumur dengan kunyit dan garam. Goreng ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan. Ambil 3 sudu besar minyak gorengan ikan tadi dan tumis bawang besar yang telah dikisar bersama pes cili. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. Kacau hingga sedikit kering dan masukkan ikan. Setelah sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Pulut Udang Panggang

Thursday, March 4, 2010


Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut - dibersihkan dan direndam
1/2 mangkuk santan
secubit garam
daun pisang (untuk membalut pulut)

Bahan inti :
50gm udang kering - direndam dan tumbuk halus
1 biji kelapa parut - ambil yang putih sahaja
2 sudu besar pes cili
10 ulas bawang merah - dikisar halus
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk kasar
1/4 sudu teh jintan putih - ditumbuk kasar
1/4 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
3 sudu besar gula (manis yang cukup)
sedikit air

Cara penyediaan :
Beras pulut dikukus terlebih dahulu hingga masak. Apabila masak, masukkan santan bersama secubit garam dan gaul rata bersama pulut. Kukus kembali hingga santan masak. Biarkan pulut sejuk seketika.

Masukkan kelapa parut bersama air didalam pengisar dan kisar hingga halus. Keluarkan dan tuang kelapa parut di dalam kuali, masukkan juga udang kering yang telah ditumbuk halus, pes cili, jintan tumbuk (jangan gunakan serbuk jintan), serbuk kunyit, bawang merah yang telah dikisar, garam dan gula. Biarkan di atas api yang sederhana dan kacau hingga adunan betul2 kering. Jangan biarkan inti tanpa dikacau, nanti inti menjadi hangit di bahagian bawah. Setelah inti masak dan kering, angkat dan biarkan sejuk.

Sementara itu bersihkan daun pisang dan potong bahagian tepi pelepahnya agar mudah dibalut. Potong daun pisang anggaran 6 inci panjang. Ambil sedikit pulut, tempekkan di atas daun pisang menggunakan cebisan daun pisang yang tidak digunakan. Ambil satu sudu teh inti dan letakkan di bahagian tengah pulut. Gulung pulut hingga menutup inti tadi. Tutup bahagian kiri dan kanan pulut menggunakan pencucuk satay yang dipotong pendek2. Letakkan pulut yang telah siap dibungkus di atas pembakar. Sapukan minyak di bahagian atas dan bawah pulut, bakar hingga garing dan boleh dihidangkan.


Salad Udang dan Mangga

 


Bahan-bahan :
1 biji mangga muda (dihiris nipis memanjang)
8 ekor udang - bersihkan dan goreng hingga masak
1 cawan mayonis
1/2 cawan thousand island
1 sudu besar cuka
1 biji karot (dihiris memanjang)
2 sudu besar jus limau
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak zaitun
daun salad

Cara penyediaan :
Gaul bersama mayonis, madu, jus limau, cuka, minyak zaitun dan thousand island hingga sebati. Daun salad dibersihkan dan dicampurkan bersama hirisan karot dan mangga serta udang yang telah digoreng tadi. Tuang campuran sos dan gaul hingga sebati. Biarkan sebentar sementara sos menyerap ke dalam sayuran tadi dan bolehlah dihidangkan.


Char Kueteow


Bahan-bahan :
1/2 bungkus kueteow
5 ekor udang
1/2 kiub ayam Knorr
2 ekor sotong sederhana besar - dipotong bulat
50gm kerang
3 ulas bawang putih dikisar
1 sudu makan pes cili
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan sos ikan
segenggam taugeh
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur

Cara penyediaan :
Tumis bawang putih hingga garing dan masukkan pes cili, goreng hingga naik bau. Masukkan udang, sotong, kerang, kiub ayam dan kueteow. Gaul rata dan masukkan sos tiram, sos ikan, kicap pekat, telur dan taugeh. Kaup balikkan dan boleh diangkat.


Mee Ladna



Bahan-bahan :
1/2 bungkus mi kuning
200gm isi ayam - dihiris nipis-nipis
5 ekor udang sederhana besar
4 batang putik jagung
1/2 batang karot
sedikit bunga kobis
3 tankai kailan
1 labu cili benggala merah/hijau
1 biji telur
3 ulas bawang putih
1/4 inci halia
1 sudu teh sos tiram
1/2 kiub ayam Knorr
1 sudu teh sos ikan
air secukupnya
sedikit lada sulah
sedikit gula
sedikit tepung jagung

Cara penyediaan :
Tumis bawang putih dan halia hingga naik baunya. Masukkan ayam, udang, semua sayuran dan air secukupnya. Kemudian, masukkan sos tiram, sos ikan, kiub ayam, lada sulah dan gula. Gaul kesemua bahan untuk seketika, campurkan tepung jagung bersama sedikit air dan tuang ke dalam kuali. Pecahkan sebiji telur dan biarkan di dalam kuah yang mendidih. Akhir sekali baru dimasukkan kueteow dan boleh dihidangkan bersama taburan bawang goreng dan daun bawang jika suka.



AYAM KERUTUP




Bahan-bahan :
1 ekor ayam (anggaran 1.5kg) - dipotong 8
20 ulas bawang merah - dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk kas kas
1 sudu besar rempah kerutup
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 sudu besar minyak zaitun
1/2 mangkuk susu cair
1 kiub pati ayam Knorr
2 tangkai daun kari

Cara penyediaan :
Ayam dibersihkan dan dipotong 8. Goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan. Di dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang kecil, bawang putih, halia dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan rempah kerutup, serbuk jintan, serbuk kas kas dan serbuk kunyit. Campurkan dengan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Masukkan susu cair dan kiub ayam Knorr. Kaup balikkan ayam hingga mendidih dan boleh diangkat.



Ayam Kapitan



Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong 12
2 helai daun pandan - disimpul
4 biji tomato - dipotong 4
3 batang daun pudina
3 batang daun ketumbar
3 sudu besar pes cili
1 sudu teh serbuk kas kas
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk kari daging BABA's
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap cair
2 biji limau nipis - ambil jusnya
Segenggam bawang goreng
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu teh serbuk gajus

Bahan tumis :
1 senduk kecil minyak sapi
2 biji bawang besar - dihiris
2 batang serai
1 sudu teh halia kisar
1 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu teh bawang putih kisar
Kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih

Cara penyediaan :
Ayam dibersihkan dan dipotong 12. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan A. Masukkan pes cili, serbuk cili, kas kas, jintan putih, daun pandan, tomato dan serbuk kari daging. Kacau dan campurkan kicap cair, kicap pekat, garam dan daun ketumbar. Akhir sekali masukkan ayam, bawang goreng, daun pudina, serbuk badam dan serbuk gajus



Kuzi Ayam


Bahan-bahan :
500gm ayam - dibelah 8 @12
1 inci lengkuas
3 batang serai
10 ulas bawang merah
1 inci halia muda
1 sudu teh serbuk kunyit
1 mangkuk minyak jagung
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 mangkuk susu cair
3 biji limau nipis - diperah dan diambil jusnya
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar gula
1 kiub pati ayam knorr
segenggam gajus - digoreng
sedikit kismis hitam

Bahan hiasan :
2 biji cili merah dan hijau
1 biji tomato
daun parsley

Cara penyediaan :
Ayam hendaklah dibersihkan, dibuang kulitnya dan dipotong mengikut saiz kesukaan anda, tapi jangan terlalu kecil. Gaulkan dengan yogurt dan serbuk kunyit supaya dapat mengeluarkan aroma yang harum ketik memasak. Goreng ayam separuh masak, angkat dan toskan. Di dalam kuali yang berasingan, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik baunya. Masukkan susu cair, jus limau nipis, kiub ayam knorr, gula dan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Gunakan api yang perlahan sehingga ayam betul2 masak. Akhir sekali masukkan gajus yang telah digoreng dan kismis hitam. Gaul hingga sebati dan hidangkan. bersama hiasan cili merah, cili hijau, tomato dan parsley. Boleh dimakan bersama nasi beriyani, nasi minyak atau nasi tomato.



Ketam Goreng Bercili

Wednesday, March 3, 2010



Bahan-bahan :
2 ekor ketam besar
1 inci halia - dihiris
1 sudu besar udang kering - direndam & tumbuk halus
3 ulas bawang putih - dihiris
Minyak untuk menggoreng
2 sudu besar pes cili
2 sudu besar serbuk cili BABA's
2 sudu besar serbuk kari ikan BABA's
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula

Bahan kisar :
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara penyediaan :
Ketam dibersihkan dan dipotong dua. Goreng ketam bersama hirisan halia, bawang putih dan udang kering. Angkat dan toskan. Di dalam kuali yang berasingan, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan pes cili, serbuk cili, serbuk kari ikan, garam dan gula bersama sedikit air. Kacau hingga agak kering dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Angkat dan siap untuk dihidangkan.


Siakap Stim Ala KakCik



Bahan-bahannya :
1 ekor ikan siakap
3 inci halia - dihiris memanjang
2 batan serai - diketuk
3 biji limau nipis
2 sudu besar sos plum
4 ulas bawang putih - dihiris
4 ulas bawang merah - dihiris
1 biji tomato - dibelah 2 dan dihiris
Sedikit daun ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah

Cara penyediaan :
Ikan dibersihkan dan dikelar supaya boleh menyerap rasa. Kukus ikan bersama halia, tomato, bawang merah, bawang putih dan serai. Sementara menunggu ikan siap dikukus, sediakan bahan sosnya di dalam mangkuk dengan mencampurkan sos plum, jus limau, gula, garam dan serbuk lada sulah. Apabila ikan masak, tuangkan campuran sos tadi ke atas ikan dan kukus lagi untuk beberapa minit agar ia sebati. Angkat dan boleh dihidangkan.


Masak Lemak Udang Nenas



Bahan-bahan :
1kg udang harimau/udang putih besar
1/2 biji nenas-dibuang kulit & pulur
1 helai daun kunyit - dikoyak2 kan
2 batang serai - diketuk
1 mangkuk pati santan pekat
1/2 mangkuk pati santan cair
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Bahan kisar :
10-15 biji cili padi (ikut pedas masing2)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan :
Masukkan bahan2 yang dikisar ke dalam periuk bersama-sama santan cair dan nenas yang telah dipotong mengikut citarasa anda. Apabila mendidih, masukkan udang serta daun kunyit dan kacau selama 1 minit. Akhir sekali masukkan santan pekat, garam secukup rasa dan sedikit gula, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih supaya tidak pecah minyak. Setelah masak boleh diangkat dan dihidangkan.


Udang Harimau Goreng Mentega

Bahan-bahan :
1kg udang harimau
Minyak masak - untuk menggoreng
2 sudu teh serbuk kunyit
300gm mentega
8 biji kuning telur
2 sudu teh gula
2 tangkai daun kari
5 biji cili padi - dihiris

Cara penyediaan :
Bersihkan udang dan gaulkan dengan serbuk kunyit. Jangan dibuang kulit, cuma potong hujung kepalanya sahaja. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang sehingga garing dan ketepikan. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan mentega dan kacau. Masukkan kuning telur, gula, daun kari dan cili padi. Kacau mengikut putaran jam sehingga kuning telur pecah. Tuang bahan2 tersebut ke dalam penapis/penyaring dan toskan untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan. Gaulkan udang yang telah digoreng tadi bersama campuran telur dan hidangkan.

Sambal Jering Bilis



Bahan-bahan :
Buah jering cambah (agak2 RM5)
Segenggam ikan bilis
2 sudu besar bawang besar kisar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit garam
1 keping gula melaka

Cara penyediaan :
Jering dibuang kulit luar, dipotong agak tebal dan digoreng hingga masak. Angkat dan toskan. Begitu juga dengan ikan bilis, digoreng dan ditoskan. Di dalam kuali yang lain, masukkan minyak sebanyak 3 sudu besar. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama cili kisar, sos cili, sos tiram, garam dan gula melaka. Biarkan hingga agak kering dan masukkan jering dan ikan bilis goreng yang telah ditoskan tadi. Gaul rata dan asingkan campuran ini daripada minyak dengan cara mengalihkan ia ke bahagian tepi kuali. Kosongkan bahagian tengah kuali kerana minyak akan turun ke bawah. Selepas itu barulah diangkat dan dihidangkan.

***Untuk mengetahui samada jering goreng itu telah masak atau belum, cuba ambil sehiris dan rasa. Rasa jering yang telah masak adalah lembut seakan2 ubi goreng.

Ayam Masak Kicap


Bahan-bahan :
1 ekor ayam kecil (dipotong kecil juga)
Sedikit daun kari
4 ulas bawang putih (diketuk)
Sedikit kulit kayu manis
1 labu bawang besar (dipotong bulat besar)
Cili hidup merah dan hijau (dipotong besar)
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 biji tomato (dipotong 4)
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
Ayam dilumur dengan kunyit dan garam. Gorengkan ayam hingga agak2masak tetapi jangan terlalu garing, nanti ayam menjadi keras. Angkat dan toskan. Di dalam kuali, masukkan 3-4 sudu minyak ayam tadi. Panaskan dan tumis daun kari, kulit kayu manis dan bawang putih hingga berbau wangi. Masukkan kicap pekat dan sos tiram, kacau hingga kuah menyerap ke dalam isi ayam. Masukkan tomato, bawang besar, cili merah dan cili hijau, kacau dan angkat.



Petua hari ini


Cara untuk merangupkan cucur :

Untuk mendapatkan cucur yang anda goreng samada cucur pisang, ubi atau udang lebih rangup dan menyelerakan, cuba ikut petua ini. Campurkan 2-3 sudu minyak panas (minyak untuk menggoreng pisang, ubi atau udang yang betul2 panas) ke dalam adunan atau bancuhan tepung anda. Gaul hingga sebati kemudian barulah digoreng. Hasilnya cucur anda akan lebih rangup dan sedap.



Petua hari ini

Cara mudah memotong buah nangka :

Bagi mengelakkan tangan anda terkena getah nangka, terutamanya nangka muda ikuti petua kakcik ini.

Sebelum anda memotong nangka itu, masukkan dahulu nangka muda ke dalam peti sejuk selama beberapa jam. Selepas itu keluarkan dan barulah dipotong. Anda akan dapati getahnya tidak akan melekat pada pisau atau tangan. Selain dari ini, ada juga kaedah lain jika anda tidak dapat menunggu nangka itu disimpan di dalam peti sejuk. Caranya ialah dengan melumurkan minyak masak di sekeliling mata pisau dan juga pada tangan anda.





KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT