Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Salad Udang dan Mangga

Thursday, March 4, 2010

 


Bahan-bahan :
1 biji mangga muda (dihiris nipis memanjang)
8 ekor udang - bersihkan dan goreng hingga masak
1 cawan mayonis
1/2 cawan thousand island
1 sudu besar cuka
1 biji karot (dihiris memanjang)
2 sudu besar jus limau
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak zaitun
daun salad

Cara penyediaan :
Gaul bersama mayonis, madu, jus limau, cuka, minyak zaitun dan thousand island hingga sebati. Daun salad dibersihkan dan dicampurkan bersama hirisan karot dan mangga serta udang yang telah digoreng tadi. Tuang campuran sos dan gaul hingga sebati. Biarkan sebentar sementara sos menyerap ke dalam sayuran tadi dan bolehlah dihidangkan.


BUKA PUASA - Roti John

Sunday, September 16, 2007



 









Bahan-bahannya :
300 gm daging@ ayam cincang
2 labu bawang besar
3 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
lada sulah
sedikit marjerin - untuk menggoreng
bun hotdog
sos cili
mayonis

Cara penyediaan :
Perapkan daging @ ayam cincang bersama garam dan lada sulah. Panaskan kuali dan masukkan bawang besar, goreng hingga lembut. Masukkan daging @ ayam dan goreng hingga masak. Ketepikan sebentar. Satukan telur yang telah dipukul bersama garam dan lada sulah (lebihkan sedikit) dan masukkan adunan daging @ ayam tadi. Gunakan kuali leper, panaskan dan letakkan sedikit majerin di atasnya. Roti dibelah dua dan sudukan adunan tadi ke atas roti dan tekapkan perlahan-lahan ke atas kuali. Kaupbalikkan roti hingga
campuran telur dan daging @ ayam tadi masak. Angkat dan letakkan sos cili dan mayonis di atasnya dan bolehlah dimakan.

BUKA PUASA - Spagetti Bolognese

Thursday, July 5, 2007




Bahan-bahan :
1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus (mince meat)
1/2 tin cendawan butang - dipotong 2
bunga kobis - dipotong kecil
1 biji karot - dipotong memanjang
2 biji tomato - dicincang
2 s/b cili mesin
2 labu bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 s/b lada hitam
1 tin kecil tomato puree duchef
1/2 cawan air
minyak
sedikit garam
sedikit aregano
sedikit daun bawang - dihiris

Cara penyediaan :
Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi. Masukkan cili serta tomato puree dan kacau sehingga wangi & naik minyak. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga daging masak. Masukkan karot dan bunga kobis yang telah dihiris, garam, air dan lada hitam. Gaul rata hingga semuanya sebati dan boleh diangkat dan tuangkan atas spagetti yang didalam pinggan. Taburkan aregano dan hirisan daun bawang di atasnya.

Makaroni Goreng Seafood

Monday, June 25, 2007

Bahan-bahan :
200 gram makaroni (bentuk siput)
100 gram ayam (dipotong kecil)
50 gram udang basah (dibuang kulit)
50 gram sotong (dipotong bulat)
1 sudu besar pes cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap mee
1 sudu besar sos sotong
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit kobis (dipotong kecil)
1 tangkai daun bawang (dipotong 1/2 inci)

p/s : Makaroni direbus hingga lembut. Angkat dan toskan. Letakkan beberapa titik minyak zaiton ke dalam makaroni supaya ia tidak melekat. Jika tidak ada minyak zaiton, boleh juga digunakan minyak masak ataupun majerin.

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Apabila agak garing, masukkan pes cili, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis dan garam. Goreng hingga agak kering dan masukkan potongan ayam dan udang yang telah dibuang kulit. Masukkan kobis dan kacau hingga sebati. Kemudian campurkan makaroni yang telah dimasak dan ditoskan tadi, kacau lagi hingga semuanya bercampur. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan lada sulah.

Sandwich Scrambled Egg

Wednesday, June 13, 2007

Bahan-bahan :
1 buku roti Gardenia (saiz kecil)
6 biji telur omega (kuningnya lebih cantik)
2 sudu besar buttercup
sedikit lada sulah
sedikit garam
2 sudu besar krim segar atau krim putar
1 labu bawang - dicincang halus
1/4 cawan susu cair ideal
Buttercup untuk disapu ke atas roti
Kepingan keju dan thousand islands dressing
Salad dan hirisan tomato - hiasan

Cara penyediaan :
Telur dipukul bersama susu cair, garam dan serbuk lada sulah. Cair mentega di dalam 'non-stick pan' dan masukkan bawang besar yang telah dicincang. Jangan biarkan bawang garing, terus masukkan campuran telur tadi dan kacau dengan segera menggunakan sudip kayu. Bila telur telah separuh masak, angkat kuali dan masukkan krim segar atau krim putar dan terus mengacau tanpa api. Biarkan telur masak dengan kadar suhu yang tidak terlalu panas kerana ini akan membuatkan telur kelihatan lebih lembut dan tidak garing. Hancurkan ketulan telur dengan mengacau tanpa henti sehinggalah ia kelihatan ketulan2 kecil. Ambil sekeping roti Gardenia dan sapukan dengan buttercup di atasnya. Taburkan scrambled egg di atasnya dan letakkan salad, hirisan tomato dan sekeping keju dan tangkupkan dengan sekeping lagi roti yang telah disapu dengan buttercup juga (jika suka, lebih sedap kalau diletakkan 'thousand island dressing' di atasnya). Untuk kelihatan lebih cantik dan kemas lagi, potong disekeliling kulit roti dan jadikan ia bentuk segitiga.

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT