Showing posts with label Meat. Show all posts
Showing posts with label Meat. Show all posts

BUKA PUASA - Kari Daging

Sunday, December 2, 2012


Bahan-bahan :
1 kilo daging batang pinang (dipotong & dibersihkan)
4 sudu besar serbuk kari daging hot babas
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar majerin vitalite
3-4 biji ubi kentang (dipotong besar)
1 batang karot (dipotong)
1 sudu besar kerisik
1/2 kotak kecil santan M&S
500ml @ 1 mangkuk air

Bahan tumbuk :
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan tumis :
3 tangkai daun kari
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkeh
2 biji buah pelaga

Cara penyediaan :
Campurkan rempah kari bersama air dan separuh daripada bahan tumbuk. Panaskan minyak sapi dan majerin dan masukkan bahan tumis. Kacau dan masukkan campuran rempah tadi dan teruskan mengacau hingga terbit bau wangi dan agak garing. Kemudian masukkan daging bersama kerisik. Kacau lagi dan tambahkan air supaya daging mudah empuk. Kalau nak cepat lagi masak, tutup periuk dan biarkan ia mendidih. Apabila telah lembut, masukkan kentang dan karot. Biarkan kentang dan karot empuk dan kuahnya sedikit kering. Akhir sekali barulah dimasukkan santan dan kacau di atas api yang perlahan selama 2 minit. Tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi atau roti jala.

Sate Daging/Ayam

Friday, March 5, 2010


Bahan-bahan :
1 kg daging/ayam - dipotong mengikut saiz satay
lidi untuk menyucuk daging/ayam
1 batang serai - diketuk
sedikit minyak
sedikit santan

Bahan perap :
3 batang serai
1 sudu kecil ketumbar
1 inci lengkuas
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar kunyit

Cara penyediaan :
Gaul kesemua bahan perap dan kisar hingga halus. Campurkan bersama potongan daging/ayam dan gaul hingga sebati. Perap adunan tersebut di dalam peti sejuk selama 8-10 jam supaya ramuan meresap ke dalam daging/ayam. Setelah diperap, bolehlah dikeluarkan dan cucuk daging/ayam menggunakan lidi dan dibakar. Gunakan batang serai yang telah diketuk untuk menyapu minyak yang dicampur dengan sedikit santan semasa membakar untuk mendapatkan aroma yang wangi. Boleh dimakan bersama kuah kacang.

Daging Masak Itam





Bahan-bahan :
1kg daging batang pinang -dipotong 14
2 batang serai - diketuk
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh kerisik
1/2 mangkuk kicap manis cap kipas udang
sedikit garam
1 sudu besar gula
500ml air

Bahan kisar :
2 labu bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar pes cili

Bahan tumis :
3 helai daun kari
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi

Cara penyediaan :
Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan kesemua bahan tumis serta bahan yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan terbit bau. Masukkan serai, serbuk jintan, serbuk ketumbar, kerisik, kicap manis, daging dan air. Kacau dan tutup periuk, biarkan hingga daging empuk. Jika kurang air, boleh ditambahkan lagi sehingga daging betul2 empuk. Akhir sekali masukkan garam dan gula, kacau hingga kuah menjadi pekat tetapi jangan sampai terlalu kering. Bolehlah dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi tomato.



BUKA PUASA - Roti John

Sunday, September 16, 2007



 









Bahan-bahannya :
300 gm daging@ ayam cincang
2 labu bawang besar
3 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
lada sulah
sedikit marjerin - untuk menggoreng
bun hotdog
sos cili
mayonis

Cara penyediaan :
Perapkan daging @ ayam cincang bersama garam dan lada sulah. Panaskan kuali dan masukkan bawang besar, goreng hingga lembut. Masukkan daging @ ayam dan goreng hingga masak. Ketepikan sebentar. Satukan telur yang telah dipukul bersama garam dan lada sulah (lebihkan sedikit) dan masukkan adunan daging @ ayam tadi. Gunakan kuali leper, panaskan dan letakkan sedikit majerin di atasnya. Roti dibelah dua dan sudukan adunan tadi ke atas roti dan tekapkan perlahan-lahan ke atas kuali. Kaupbalikkan roti hingga
campuran telur dan daging @ ayam tadi masak. Angkat dan letakkan sos cili dan mayonis di atasnya dan bolehlah dimakan.

BUKA PUASA - Serunding Daging

Saturday, September 15, 2007


Bahan-bahan:  
1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar - goreng tanpa minyak dan tumbuk

Bahan kisar :
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :

Rebus daging hingga empuk, angkat dan sejukkan dahulu. Tumbuk daging terlebih dahulu, kemudian siat sehingga halus. Simpan air rebusan daging untuk dicampur bersama santan, lebih kurang 3 cawan. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yang ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering. Jangan berhenti mengacau, takut ianya hangus. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Pastikan anda menggunakan sudu yang kering semasa mengambilnya bagi memastikan serunding tahan lama.

BUKA PUASA - Bergedil daging

Friday, September 14, 2007


Bahan-bahannya :
1 kilo kentang, dikupas kulitnya
dan dipotong

300 gram daging cincang
2 biji telur - asingkan kuning dan putih
3/4 cawan bawang goreng
5 tangkai daun sup - dihiris nipis

2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 labu bawang besar - dipotong dadu
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa

Cara penyediaan :


Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian dilecek lumat. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun cantik.



Telur Bungkus

Sunday, July 15, 2007



Bahan-bahan :
3 biji telur
100 gram ayam atau daging - dicincang
1 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - dipotong dadu
4 sudu besar sayur campur (mixed vege)
1 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato dan cili
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar sos ikan
sedikit garam dan gula
minyak masak
daun bawang & bawang goreng - untuk hiasan

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan daging atau ayam yang telah dicincang. Biarkan hingga daging atau ayam tadi masak. Masukkan serbuk kari, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau rata dan tambahkan sedikit garam, gula dan sos ikan dan kacau hingga kering. Bancuhkan tepung jagung bersama sedikit air dan tuangkan ke dalam campuran tadi dan kacau. Apabila agak pekat dan melekit, tutup api dan sediakan telur untuk dibungkus dengan campuran ayam atau daging ini. Gunakan kuali yang bersih dan cukup besar. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, pastikan minyak rata di sekeliling kuali. Pukul telur hingga berbuih dan tuang ke dalam kuali yang betul2 panas. Cepat2 ratakan telur sehingga menjadi nipis dan cukup untuk menampung campuran daging atau ayam tadi. Tuangkan campuran tadi di bahagian tengah telur dan cepat2 bungkuskannya dengan melipat sekeliling telur tadi menjadikannya bentuk 4 segi. Untuk mengangkat telur tanpa memecahkannya, letakkan pinggan ke atas telur tadi dan telungkupkan kuali, jadi telur akan terletak elok di atas pinggan dengan bahagian berlipatnya tersorok di bawah....jadi ia kelihatan cantik ler....Hiaskan bahagian atas dengan bawang goreng dan daun bawang atau boleh gak dituangkan sos cili di atasnya.


BUKA PUASA - Beriani Daging




Bahan-bahan :
1 kg daging (kalau daging batang pinang lagi bagus) - dipotong kiub
4 sudu besar rempah beriani faiza - bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt @ tairu3 sudu besar tomato puree duchef
3 biji kentang - dipotong kecil
2 biji tomato - dipotong 4
3 biji tomato - dicincang
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar - dipotong 4
1 pokok daun ketumbar - diracik kasar
sedikit garam
2 keping asam gelugor

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis :
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega buttercup

Cara penyediaan :
Daging dicuci dan ditoskan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan rempah berani dan biarkan rempah garing dan naik minyak. Masukkan daging, tomato cincang dan tomato puree . Biarkan sehingga daging lembut. Masukkan kentang dan yogurt dan biarkan hingga kentang lembut. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar, daun ketumbar, asam gelugor dan garam secukup rasa. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani, roti ataupun roti jala.

BUKA PUASA - Spagetti Bolognese

Thursday, July 5, 2007




Bahan-bahan :
1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus (mince meat)
1/2 tin cendawan butang - dipotong 2
bunga kobis - dipotong kecil
1 biji karot - dipotong memanjang
2 biji tomato - dicincang
2 s/b cili mesin
2 labu bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 s/b lada hitam
1 tin kecil tomato puree duchef
1/2 cawan air
minyak
sedikit garam
sedikit aregano
sedikit daun bawang - dihiris

Cara penyediaan :
Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi. Masukkan cili serta tomato puree dan kacau sehingga wangi & naik minyak. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga daging masak. Masukkan karot dan bunga kobis yang telah dihiris, garam, air dan lada hitam. Gaul rata hingga semuanya sebati dan boleh diangkat dan tuangkan atas spagetti yang didalam pinggan. Taburkan aregano dan hirisan daun bawang di atasnya.

Rendang Mak Tok

Friday, June 15, 2007

Bahan-bahan :
1 kilo daging pejal (dipotong dadu 3cm)
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit (dihiris nipis)
3 helai daun limau purut
500ml air
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
1/2 cawan kerisik
1 kotak besar santan M&S

Bahan kisar :
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
4 batang serai
2 inci halia tua
2 inci halia muda
3 inci lengkuas
2 biji buah keras
2 sudu besar pes cili

Bahan tumis :
2 tangkai daun kari
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 sudu minyak masak

Cara penyediaan :
Panaskan minyak di dalam kuali, seeloknya sediakan kuali besar. Masukkan bahan tumis dan kacau sebentar, kemudian masukkan kesemua bahan yang telah dikisar halus tadi. Masukkan ketulan daging, air, kerisik dan santan. Biarkan daging mendidih di dalam kuali sehingga empuk. Jika dirasakan air tadi tidak mencukupi, tambahkan lagi air dan terus biarkan ia mendidih. Apabila agak pekat, masukkan asam keping, hirisan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula. Perlahankan api dan biarkan rendang kering perlahan-lahan. Untuk memastikan rendang elok dimasak dan kering, boleh dilihat pada warnanya yang bertukar menjadi agak hitam/coklat. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriyani (semua resipi nasi ada kak cik sertakan) ataupun roti. Selamat mencuba..... dan jangan lupa komen.

BUKA PUASA - Mi Sup Daging dan Tulang Gezort

Wednesday, June 13, 2007

Bahan-bahan :
1 kilo daging + tulang rawan
2 bungkus sup bunjut
3 biji ubi kentang
2 batang karot
2 inci halia - dihiris kasar
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam (biji)
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 batang daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dipotong 1 inci pjg
Garam secukup rasa


Bahan kisar :
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih



Cara penyediaan :
Rebuskan tulang sehingga dagingnya lembut. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan hirisan halia ke dalam periuk berisi tulang dan rebus lagi sehingga empuk. Apabila daging dan tulang telah empuk, masukkan ubi kentang dan bahan kisar dan biarkan sehingga ia menggelegak. Masukkan pula karot dan hirisan daun sup serta garam. Sementara menunggu karot empuk, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis tadi. Kacau dalam api perlahan sehingga garing. Apabila bawang telah garing, angkat kuali dan tuangkan bawang bersama minyak ke dalam periuk sup tadi. Masukkan juga lada hitam dan potongan daun bawang. Padamkan api dan tutup periuk, biarkan sup sebati bersama tumisan bawang goreng tadi. Selepas 5 minit angkat dan hidangkan bersama mi, mihun ataupun nasi putih. Jika dimakan bersama mi atau mihun, pastikan adanya cili tumis supaya rasanye lebih ummpphhhh.................

Dalca Special Kak Cik

Tuesday, June 12, 2007

Bahan-bahan :
400 gm daging batang pinang (potong kecil)
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn sedikit air)
3 biji tomato - dipotong 4
1 biji terung - belah 2 & potong menyerong
5 batang kacang panjang - potong 1 inci panjang
1 batang karot - potong 1 inci panjang
2 biji ubi kentang - di potong 4 & 6
2 tangkai cili merah & hijau (belah 2)
1/2 kotak santan M&S (campur dgn sedikit air)
1 cawan kacang dhal (rebus hingga empuk & toskan)
3 sudu besar minyak sapi
Sedikit garam dan air




Bahan tumbuk :
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan tumis :
3 tangkai daun kari
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkeh
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
Cara penyediaan :
Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan tumis dan bahan tumbuk. Kacau hingga garing dan masukkan bancuhan rempah kari. Kacau hingga sebati dan terbit bau wangi. Masukkan potongan daging dan air, biarkan daging empuk. Apabila daging telah empuk, masukkan kentang dan biarkan separuh empuk. Kemudian masukkan karot , terung, kacang dhal, tomato, cili merah, cili hijau dan kacang panjang dan biarkan ia mendidih seketika. Akhir sekali masukkan garam dan santan cair dan terus mengacau hingga kuah menjadi pecah minyak. Angkat dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi beriyani atau pun nasi putih.

BUKA PUASA - Kurma Ayam / Daging

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong 12 & dibersihkan) @
1 kilo daging batang pinang
4 sudu besar rempah kurma baba's
1 sudu teh serbuk kaskas
2 biji tomato - dipotong 4
2 tangkai cili merah - dibelah 2, jangan putus
2 tangkai cili hijau - dibelah 2, jangan putus
2 labu bawang besar - dipotong 4
1/2 kotak santan M&S
4 biji ubi kentang

Bahan-bahan kisar :
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras

* asingkan separuh bahan kisar dan campurkan bersama rempah kurma bersama air dan kacau hingga sebati

Bahan-bahan tumis :
3 helai daun kari
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi, 2 sudu majerin

Cara penyediaan :
Panaskan minyak sapi dan minyak masak, masukkan bahan tumis bersama bahan kisar. Kacau hingga terbit bau dan kelihatan keperangan. Masukkan campuran rempah kurma dan bahan kisar, kacau hingga garing. Apabila telah garing, masukkan ayam atau daging dan kacau hingga sebati. Apabila agak kering, masukkan air dan biarkan ia mendidih dan hampir masak. Masukkan kentang dan kacau hingga masak. Kemudian masukkan potongan bawang besar, tomato, cili merah dan cili hijau. Kacau hingga mendidih dan biarkan ia agak pekat. Akhir sekali masukkan santan dan kacau perlahan-lahan selama 2 minit supaya ia tidak menggelegak.

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT