Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Petua hari ini

Wednesday, March 3, 2010


Cara untuk merangupkan cucur :

Untuk mendapatkan cucur yang anda goreng samada cucur pisang, ubi atau udang lebih rangup dan menyelerakan, cuba ikut petua ini. Campurkan 2-3 sudu minyak panas (minyak untuk menggoreng pisang, ubi atau udang yang betul2 panas) ke dalam adunan atau bancuhan tepung anda. Gaul hingga sebati kemudian barulah digoreng. Hasilnya cucur anda akan lebih rangup dan sedap.



Petua hari ini

Cara mudah memotong buah nangka :

Bagi mengelakkan tangan anda terkena getah nangka, terutamanya nangka muda ikuti petua kakcik ini.

Sebelum anda memotong nangka itu, masukkan dahulu nangka muda ke dalam peti sejuk selama beberapa jam. Selepas itu keluarkan dan barulah dipotong. Anda akan dapati getahnya tidak akan melekat pada pisau atau tangan. Selain dari ini, ada juga kaedah lain jika anda tidak dapat menunggu nangka itu disimpan di dalam peti sejuk. Caranya ialah dengan melumurkan minyak masak di sekeliling mata pisau dan juga pada tangan anda.





TIPS SEBELUM MEMBUAT BISKUT

Saturday, September 29, 2007

Di sini kakcik ada beberapa tips untuk diketahui sebelum anda membuat biskut. Cuba ikuti langkah2 di bawah ini supaya anda dapat menghasilkan biskut yang betul2 menjadi. Jangan salahkan orang yang memberikan resipi andai kata biskut anda tidak menjadi tetapi baca dahulu tips di bawah ini samada anda betul2 mengikuti langkah2 yang sepatutnya :
  • Sebelum mula membakar, baca dan fahamkan resipi dan sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan.
  • Bahan-bahan kering seperti tepung, oats, garam, soda bikarbonate hendaklah digaul supaya dimasuki udara (aeration). Bahan-bahan kering harus disukat mengunakan cara "dip and level". Masukkan sukatan cawan atau sudu dan ratakan dengan belakang pisau.
  • Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dll, sukat pada aras mata (eye level).
  • Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.
  • Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
  • Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai "hot spots". Jika biskut cepat masak pada satu "hot spot", putarkan loyang pembakar apabila telah hampir setengah masa waktu membakar.
  • Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit, masa bergantung kepada ketuhar yang anda gunakan.
  • Dalam setiap resipi, ia akan menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan "timer" dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba pastikan sama ada biskut sudah pun masak.
  • Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan yang ia betul-betul sejuk untuk mengelakkan mendapat biskut yang tidak rangup.
  • Simpan biskut di dalam bekas yang berlainan supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang rangup, simpan di dalam bekas kedap udara.
  • Kebanyakan biskut boleh dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan haribulan sebelum dibekukan.
  • Biskut yang menggunakan butter adalah lebih lemak dan sedap berbanding mengunakan majerin.
*****SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
AIDILFITRI

Petua hari ini

Hilangkan bau nasi hangit?
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ni...

Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan
hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.


Tak tahu nak bersihkan siput sedut?

Jika anda menghadapi masalah untuk membersihkan siput sedut, ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesok
kan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengeratbahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.


**** Semoga petua2 yang kakcik berikan ini dapat menolong menyelesaikan masalah2 anda, insyaalah kalau ada lagi kakcik akan postkan disini....




KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT