Showing posts with label Vege/Salad. Show all posts
Showing posts with label Vege/Salad. Show all posts

Salad Udang dan Mangga

Thursday, March 4, 2010

 


Bahan-bahan :
1 biji mangga muda (dihiris nipis memanjang)
8 ekor udang - bersihkan dan goreng hingga masak
1 cawan mayonis
1/2 cawan thousand island
1 sudu besar cuka
1 biji karot (dihiris memanjang)
2 sudu besar jus limau
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak zaitun
daun salad

Cara penyediaan :
Gaul bersama mayonis, madu, jus limau, cuka, minyak zaitun dan thousand island hingga sebati. Daun salad dibersihkan dan dicampurkan bersama hirisan karot dan mangga serta udang yang telah digoreng tadi. Tuang campuran sos dan gaul hingga sebati. Biarkan sebentar sementara sos menyerap ke dalam sayuran tadi dan bolehlah dihidangkan.


BUKA PUASA - Popia Goreng

Sunday, September 16, 2007

 
Bahan-bahannya :
kulit popia - boleh dibeli di pasaraya
minyak untuk menggoreng
air - guna sebagai gam kulit popia

Bahan Inti :
10 batang jejari ketam - dipotong halus
1 batang karot - dipotong memajang
2 biji sengkuang - dipotong memanang
1 mangkuk kobis - diracik halus
5 batang kacang panjang - dipotong halus
garam


Cara penyediaan :
Panaskan air di dalam kuali. Apabila mendidih, masukkan garam dan kesemua bahan. Jangan biarkan terlalu lama kerana sayuran akan layu. Angkat dan toskan. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan bahan-bahan tadi di atasnya. Gulung popia dengan kemas dan letakkan sedikit air dihujung kulit agar ia melekat dengan kuat. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popia sehingga kelihatan kekuning-kuningan. Angkat dan hidangkan bersama sos cili.
KUAH CILI SOS
Bahan-bahannya :
7 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili sos
3 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cuka
1 cawan air
3 sudu besar gula
garam secukupnya

Cara penyediaan :
Mesinkan semua bahan. Masakkan sebentar sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.

BUKA PUASA - Pecal @ Gado-gado

Sunday, July 15, 2007



Bahan-bahan : 
1 ikat kangkong
10 urat kacang panjang
100 gm taugeh
1 batang timun - dipotong merencong
2 keping tahu - digoreng dan potong memanjang
daun salad - sebagai hiasan
3 biji telur rebus - buang kulit dan potong bulat
sedikit garam

Cara penyediaan :
Kangkung, kacang panjang dan taugeh dibersihkan. Kangkung dan kacang panjang dipotong kasar dan dicelur berasingan dalam air panas yang telah dicampur dengan sedikit garam. Begitu juga dengan taugeh. Apabila agak layu, angkat dan toskan. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan sediakan kuah kacang.

Bahan untuk kuah :
1 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
1/2 cawan jus asam jawa
15 tangkai cili kering - digoreng dlm minyak dan ditumbuk halus
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
sedikit belacan - dibakar dan ditumbuk bersama bawang merah
3 sudu besar minyak masak
sedikit gula dan garam

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan gorengkan cili kering, bawang merah dan belacan sehingga wangi. Masukkan jus asam jawa dan kacau lagi. Apabila mendidih, masukkan kacang tanah yg telah dihancurkan tadi dan kacau lagi . Masukkan gula dan garam secukupnya. Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air (tapi bagi kakcik, lagi pekat lagi sedang, terasa kacangnya.....) Hidangkan dengan bahan sayuran tadi.

Salad Telur

Sunday, June 24, 2007

Bahan-bahan :
5 biji telur ayam
1 batang timun
1 ikat salad
sos tomato
sos cili
mayonis - kalau suka

Cara penyediaan :
Telur dibersihkan dan direbus sehingga masak. Setelah masak, rendamkan ia didalam air sejuk dan biarkan seketika. Kupas kulitnya dan dipotong 2 atau 4. Kalau ada 'egg slicer', boleh juga menggunakannya. Timun dibentukkan sekelilingnya menggunakan garpu dan dipotong menyerong. Bersihkan salad sekeping2, pastikan daun yang elok sahaja digunakan. Susun salad di atas pinggan leper, letakkan diatasnya hirisan timun dan akhir sekali telur rebus. Tuangkan di atasnya dengan sos cili, sos tomato dan mayonis. Kalau tak de idea camana nak hias salad ni, boleh la rujuk dengan gambar yang ada.

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT