Showing posts with label tea time. Show all posts
Showing posts with label tea time. Show all posts

Pulut Udang Panggang

Thursday, March 4, 2010


Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut - dibersihkan dan direndam
1/2 mangkuk santan
secubit garam
daun pisang (untuk membalut pulut)

Bahan inti :
50gm udang kering - direndam dan tumbuk halus
1 biji kelapa parut - ambil yang putih sahaja
2 sudu besar pes cili
10 ulas bawang merah - dikisar halus
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk kasar
1/4 sudu teh jintan putih - ditumbuk kasar
1/4 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
3 sudu besar gula (manis yang cukup)
sedikit air

Cara penyediaan :
Beras pulut dikukus terlebih dahulu hingga masak. Apabila masak, masukkan santan bersama secubit garam dan gaul rata bersama pulut. Kukus kembali hingga santan masak. Biarkan pulut sejuk seketika.

Masukkan kelapa parut bersama air didalam pengisar dan kisar hingga halus. Keluarkan dan tuang kelapa parut di dalam kuali, masukkan juga udang kering yang telah ditumbuk halus, pes cili, jintan tumbuk (jangan gunakan serbuk jintan), serbuk kunyit, bawang merah yang telah dikisar, garam dan gula. Biarkan di atas api yang sederhana dan kacau hingga adunan betul2 kering. Jangan biarkan inti tanpa dikacau, nanti inti menjadi hangit di bahagian bawah. Setelah inti masak dan kering, angkat dan biarkan sejuk.

Sementara itu bersihkan daun pisang dan potong bahagian tepi pelepahnya agar mudah dibalut. Potong daun pisang anggaran 6 inci panjang. Ambil sedikit pulut, tempekkan di atas daun pisang menggunakan cebisan daun pisang yang tidak digunakan. Ambil satu sudu teh inti dan letakkan di bahagian tengah pulut. Gulung pulut hingga menutup inti tadi. Tutup bahagian kiri dan kanan pulut menggunakan pencucuk satay yang dipotong pendek2. Letakkan pulut yang telah siap dibungkus di atas pembakar. Sapukan minyak di bahagian atas dan bawah pulut, bakar hingga garing dan boleh dihidangkan.


BUKA PUASA - Puding Karamel

Sunday, September 16, 2007



Bahan-bahannya :
1 cawan gula - untuk dibuat gula hangus
10 biji telur  
1 tin susu cair
esen vanilla  
Gula (jika suka manis) - campur bersama telur & susu cair  
sedikit air  
sedikit pewarna kuning


Cara penyediaan :
Campurkan gula dengan sedikit air. Masak hingga gula bertukar keperangan. Angkat dan tuangkan di dalam acuan dan diketepikan. Campurkan telur, susu cair, pewarna kuning, esen vanilla dan sedikit gula (jika suka manis). Kacau hingga telur hancur dan sebati dengan susu tetapi jangan dipukul. Masukkan adunan ke dalam acuan yang berisi gula hangus. Kukus hingga masak

BUKA PUASA - Popia Goreng

 
Bahan-bahannya :
kulit popia - boleh dibeli di pasaraya
minyak untuk menggoreng
air - guna sebagai gam kulit popia

Bahan Inti :
10 batang jejari ketam - dipotong halus
1 batang karot - dipotong memajang
2 biji sengkuang - dipotong memanang
1 mangkuk kobis - diracik halus
5 batang kacang panjang - dipotong halus
garam


Cara penyediaan :
Panaskan air di dalam kuali. Apabila mendidih, masukkan garam dan kesemua bahan. Jangan biarkan terlalu lama kerana sayuran akan layu. Angkat dan toskan. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan bahan-bahan tadi di atasnya. Gulung popia dengan kemas dan letakkan sedikit air dihujung kulit agar ia melekat dengan kuat. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popia sehingga kelihatan kekuning-kuningan. Angkat dan hidangkan bersama sos cili.
KUAH CILI SOS
Bahan-bahannya :
7 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili sos
3 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cuka
1 cawan air
3 sudu besar gula
garam secukupnya

Cara penyediaan :
Mesinkan semua bahan. Masakkan sebentar sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat.

Kuih Keria

 
Bahan-bahannya :
500 gm keledek kuning - rebus dan dilenyek
8 sudu teh tepung gandum
secubit garam
minyak untuk menggoreng
1 cawang gula pasir
1/2 cawan air

Cara penyediaan :
Campurkan keledek yang telah dilenyekkan tadi dengan tepung dan garam. Uli adunan hingga menjadi lembut. Bentukkan ia seperti donut. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperang-perangan. Angkat dan toskan minyak. Untuk salutan, campurkan air dan gula dan panaskan di atas api yang sederhana panas hingga ia kelihatan melekit. Celup kuih yang telah digoreng tadi ke dalam air gula. Kalau tidak gemar cara ini, lebih senang menggunakan gula aising dan taburkan ke atas gorengan kuih tadi.

BUKA PUASA - Roti John



 









Bahan-bahannya :
300 gm daging@ ayam cincang
2 labu bawang besar
3 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
lada sulah
sedikit marjerin - untuk menggoreng
bun hotdog
sos cili
mayonis

Cara penyediaan :
Perapkan daging @ ayam cincang bersama garam dan lada sulah. Panaskan kuali dan masukkan bawang besar, goreng hingga lembut. Masukkan daging @ ayam dan goreng hingga masak. Ketepikan sebentar. Satukan telur yang telah dipukul bersama garam dan lada sulah (lebihkan sedikit) dan masukkan adunan daging @ ayam tadi. Gunakan kuali leper, panaskan dan letakkan sedikit majerin di atasnya. Roti dibelah dua dan sudukan adunan tadi ke atas roti dan tekapkan perlahan-lahan ke atas kuali. Kaupbalikkan roti hingga
campuran telur dan daging @ ayam tadi masak. Angkat dan letakkan sos cili dan mayonis di atasnya dan bolehlah dimakan.

BUKA PUASA - Roti Kerca Kari Daging

 
Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
3 biji telur
sedikit garam
air secukupnya
sedikit majerin

Bahan sampingan :
daun bawang - dipotong halus
bawang goreng

Cara penyediaan :
Campurkan kesemua bahan hingga menjadi seperti adunan 'pancake'. Masukkan kesemua adunan ke dalam mesin pengisar supaya adunan menjadi sebati tanpa ada ketulan2 tepung. Panaskan kuali leper tidak melekit dan sapukan sedikit majerin di atasnya. Tuangkan sedikit adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan menjadi nipis. Masakkan atas api yang perlahan sehingga ia menjadi keperang-perangan. Angkat dan gulungkan. Potong selebar 1cm dan hidangkan dengan kari daging (ada dalam resipi kakcik...). Kalau nak lebih sodap, taburkan di atasnya dengan bawang goreng dan daun bawang. Selamat mencuba....

BUKA PUASA - Kuih Cara Manis

 
Bahan-bahan :
120 gm tepung beras
250 ml santan kelapa
1 biji telur
secubit sudu teh garam
1/2 cawan air pandan pekat
gula pasir

Cara penyediaan :
Campurkan tepung dan telur di dalam mangkuk dan masukkan santan. Kacau hingga sebati dan masukkan air daun pandan dan kacau lagi. Masukkan ke dalam teko atau benda yang boleh dituang. Panaskan acuan cara dan sapukan sedikit minyak menggunakan simpulan daun pandan. Masukkan adunan ke dalam acuan agak-agak 3/4 penuh. Jangan masukkan terlalu penuh kerana kita akan meletakkan gula di bahagian tengahnya. Selepas memasukkan gula, tutup acuan menggunakan tudung periuk. Gunakan api yang perlahan dan biarkan ia sehingga masak. Cungkil tepi acuan dan keluarkan. Boleh terus dihidangkan.

BUKA PUASA - Kuih Talam Gula Merah

Saturday, September 15, 2007

 
Bahan lapisan bawah:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air biasa
* masakkan kesemuanya dan sejukkan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air mendapan kapur

Cara penyediaan :

Panaskan periuk kukus terlebih dahulu dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
Gaulkan adunan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit. Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu supaya apabila kita letakkan lapisan atas, ia akan lebih melekat.

Bahan lapisan atas :
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan :

Gaul kesemua bahan dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja. Tuang atas adunan bawah yang telah dicakarkan tadi dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

BUKA PUASA - Mee Udang Kakcik



 

Bahan-bahan :
1 peket mee kuning - dicelur
150 gm taugeh - dicelur sebentar
75 gm kangkung - dicelur sebentar
3 biji telur - direbus & dibelah 2
20 ulas bawang merah - dihiris
200 gm isi ayam
250 gm udang putih (sederhana)
sedikit gula batu atau gula pasir

sedikit garam
100 gm cili pes
5 cawan air rebusan udang - dibuat daripada rebusan kepala udang
sedikit minyak

Cara penyediaan :

Panaskan minyak, goreng bawang merah sampai kuning. Angkat, toskan minyaknya dan simpan dalam bekas kedap udara. Gunakan lebihan minyak tadi untuk menumis pes cili hingga naik baunya, angkat sebahagian daripadanya untuk dihidangkan bersama mee nanti. Tuangkan air rebusan udang seterusnya masukkan isi ayam, udang, gula dan garam. Biarkan mendidih perlahan sampai gula batu cair sekirannya menggunakan gula batu. Angkat udang dan ayam . Goreng semula udang dan belah dua untuk diatur di atas mee. Letakkan mee dalam mangkuk bersama taugeh serta kangkung. Curahkan kuah udang, aturkan udang dan isi ayam yang telah dipotong keping. Taburkan bawang goreng, telur rebus dan hidangkan bersama sambal tadi.

BUKA PUASA - Cara Keledek Goreng

 
Bahan-bahan :
1 kg ubi keledek kuning (lebih manis rasanya)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
Keledek dibuang kulitnya kemudian direbus dengan sedikit garam. Apabila sudah empuk, angkat, toskan kemudian dilecek hingga halus dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaulkan hingga sebati dan lembut. Bentukkan bulat kemudian isikan dengan satu sudu teh gula pasir kemudian bentukkan semula adunan menjadi bulat. Buat hingga selesai semuanya dan goreng dalam minyak yang secukupnya hingga masak dan kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan semasa berbuka puasa.....

BUKA PUASA - Bubur Cha-Cha


 

Bahan-bahan :
1/2 biji keladi - dipotong dadu
1 biji keledek kuning - dipotong dadu
100 gm cha-cha
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 kotak kecil santan M&S
2 cawan air
sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara penyediaan :
Rebus cha-cha dan ubi hingga empuk di dalam periuk yang berasingan. Toskan airnya. Masakkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan bersama air di dalam periuk. Apabila gula telah larut, masukkan cha-cha bersama ubi, santan dan garam. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Apabila agak mendidih bolehlah ditutup api dan angkat. Jikalau pekat, bolehlah ditambah sedikit air lagi.

BUKA PUASA - Apam Kukus Warnasari



Bahan-bahan :
1/2 cawan gula
 3 cawan tepung beras
1 cawan tapai
1 1/2 cawan air

1/2 sude teh baking powder
pewarna - 2 jenis
acuan plastik/cawan teh cina
kelapa parut
sedikit garam

Cara penyediaan :
Tapai diramaskan dan tapis untuk mendapatkan airnya. Masukkan air tapai di dalam bekas bersama-sama dengan tepung beras, air dan gula. Biarkan sebati dan pastikan tidak ada ketulan2 tepung. Adunan hendaklah pekat, biarkan semalaman. Besok paginya campurkan adunan tadi bersama baking powder. (Sementara itu panaskan acuan ke dalam pengukus untuk memastikan acuan itu betul2 panas). Keluarkan setengah daripada adunan tadi ke dalam bekas yang berlainan dan campurkan pewarna mengikut kesukaan anda. Apabila acuan telah panas, masukkan adunan ke dalam acuan setakat 3/4 daripada saiz acuan. Kukus selama 25 minit. Pastikan anda tidak membuka tudung pengukus sebelum ia cukup masak kerana ini menyebabkan apam tidak naik dan kembang. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.



BUKA PUASA - Laksa Penang


Bahan-bahan :
1 bungkus laksa kering - direndam hingga lembut, kemudian rebus

2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 pokok daun kesum
10 ekor ikan kembung @ sardin
5 keping asam gelugur
3 sudu besar petis
1 tin besar ikan sardin - dilecek
5 mangkuk air rebusan ikan
3 mangkuk air
garam secukupnya

Bahan sampingan :
1 pokok daun pudina - dihiris kasar
1/2 mangkuk nenas - dipotong dadu
1 biji timun - dihiris nipis dan potong memanjang
2 biji limau nipis - dibelah
2 labu bawang besar - dihiris nipis

Bahan giling :
5 biji cili kering
4 biji cili api
3 biji bawang besar
1 mangkuk nenas

Cara penyediaan :
Mesin ikan sardin dan isi ikan yang telah direbus tadi bersama air. Masukkan isi ikan yang telah dimesin ke dalam periuk bersama air rebusan ikan, air, bahan giling, petis, bunga kantan, daun kesum dan asam gelugur. Didihkan atas api yang perlahan hingga kuah kelihatan sedikit pekat. Masukkan garam dan siap untuk dihidangkan bersama laksa yang telah direbus dan bahan-bahan sampingan tadi. Selamat berbuka puasa dan jangan lupa komen.....

BUKA PUASA - Kuih Kaswi

Friday, September 14, 2007



Bahan-bahan :
5 cawan air
1 cawan gula merah @ 1 ketul gula kabung
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur
Kelapa parut - ambil yang muda
Sedikit garam

Cara penyediaan :
Panaskan periuk kukus terlebih dahulu. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang hendak digunakan. Air hendaklah dimasak bersama gula merah/gula kabung dan gula pasir. Biarkan sejuk dahulu, kemudian dibancuh dengan semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang. Masakkan anggaran selama 30minit atau sehingga adunan masak. Biarkan ia sejuk dahulu kemudian potong dengan pisau plastik. Ambil kuih yang telah dipotong tadi dan gaulkan ke dalam kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit gula untuk memberikan rasa yang lebih lemak.

BUKA PUASA - Sardine Roll


 
Bahan-bahan :
1 buku kecil roti Gardenia
 
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak untuk mengoreng


Bahan Inti :
1 tin kecil sardin
3 biji limau kasturi [ambil jus ]

1 biji cili padi - dicincang
1 labu kecil bawang besar - dicincang

Cara penyediaan :
Keluarkan ikan sardin dari tin dan hancurkan dengan garfu. Masukkan bahan inti yang lain dan gaul rata. Ambil sekeping roti dan kukuskan terlebih dahulu. Setelah roti agak lembut, sapukan inti di atas roti dan gulungkan. Celupkan roti ke dalam telur yg telah dipukul dengan sedikit garam. Golekkan gulungan roti di atas breadcrumb. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan terlebih dahulu supaya minyak agak kering. Hidangkan dengan cili sos atau boleh dimakan begitu sahaja.

BUKA PUASA - Donut



Bahan A :
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula pasir
30 gm susu tepung
1 sudu kecil garam
1 bungkus kecil yis mauripan

Bahan B :
1 biji telur - dipukul sedikit

330 ml air suam
60 gm majerin
1 sudu kecil bread softener

Cara penyediaan :

Gaulkan semua bahan A supaya sama rata. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunakan mesin atau uli dengan tangan selama 20-30 minit. Biarkan selama 1 jam atau sehinga doh naik sekali ganda. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Pastikan anda menggunakan tepung yang banyak semasa proses mencanai ini. Terapkan dengan acuan donut dan biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit. Panaskan minyak bersama satu sudu majerin dan masukkan donut. Pastikan api adalah perlahan dan goreng donut sehingga kuning keemasan.
Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.

BUKA PUASA - Bingka Ubi Kayu



Bahan-bahannya :
500 gm ubi kayu- diparut
1 biji telur

1 kotak kecil santan M&S
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen pisang

gula melaka - dimasak
sedikit garam

Cara penyediaan :
Ubi kayu diparut halus. Campurkan bersama bahan-bahan lain dan lain-lain sehingga sebati.
Sapu loyang dengan mentega dan tuangkan adunan ke dalamnya. Bakar dengan suhu 160c selama 50 minit. Apabila adunan telah masak, besarkan api oven ke 180c dan bakar lagi selama 10 minit. Cucuk di bahagian tengah adunan dengan menggunakan lidi untuk menentukan yang adunan telah betul-betul masak. Jikalau tiada kesan melekat disekitar lidi, bermakna adunan memang telah masak. Keluarkan adunan dari oven dan sejukkan, kemudian bolehlah dipotong dan dihidangkan.

BUKA PUASA - Soto Ayam KakCik



 
Bahan-bahannya :
3 bungkus nasi impit ADABI yang telah direbus

1 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar

sudu teh serbuk jintan halus

1 sudu teh serbuk lada putih

2 batang serai, dititik

1 cm lengkuas - diketuk

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa

5 sudu besar minyak untuk menumis


Bahan kisar :

2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit hidup


Bahan untuk Sambal Kicap :
8 biji cili padi

2 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap lemak manis
* masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar halus

Bahan Hiasan :
bergedil
taugeh yang telah dicelur

daun sup - dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam - yang telah disiat-siat

Cara penyediaan :
Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkuas yang telah diketuk dan kacau sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan, air dan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak. Angkat ayam dan siatkan isinya. Masukkan semula tulang ayam tadi ke dalam periuk sup.
Cara menghidang :
Nasi impit dipotong dadu dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

BUKA PUASA - Laksa Asam

Thursday, September 13, 2007


Bahan-bahan :
1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar
1 tin kecil sardin - ambil isinya sahaja dan kisar bersama ikan rebus
1 bungkus laksa kering - direndam selama beberapa jam dan direbus sehingga lembut betul dan toskan
6 keping asam gelugur
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
3 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
air rebusan ikan
sedikit garam
1/2 cawan jus asam jawa1 sudu besar minyak

Kuah petis - otak udang dicampur dengan sedikit air panas

Bahan A (Dikisar halus):

5 cm belacan
15 tangkai cili kering

3 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

Bahan (Dihiris halus):

1 bawang timun 2 biji bawang besar
1/2 biji nenas
2 biji cili merah

daun salad
daun pudina


Cara membuat kuah:
Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan. Masak sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa. Masak sehingga pekat. Masukkan laksa yang telah direbus tadi ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa ke atasnya dan hiaskan dengan bahan yang dihiris serta limau kasturi. Paling penting jangan lupa letakkan sesudu kuah petis di atasnya, baru terasa umpppp nya.....

BUKA PUASA - Bingka Jagung



Bahan-bahan :
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter - cairkan

Cara penyediaan :
Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang ataupun berbuka puasa.

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT