Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts

BUKA PUASA - Kari Daging

Sunday, December 2, 2012


Bahan-bahan :
1 kilo daging batang pinang (dipotong & dibersihkan)
4 sudu besar serbuk kari daging hot babas
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar majerin vitalite
3-4 biji ubi kentang (dipotong besar)
1 batang karot (dipotong)
1 sudu besar kerisik
1/2 kotak kecil santan M&S
500ml @ 1 mangkuk air

Bahan tumbuk :
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan tumis :
3 tangkai daun kari
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkeh
2 biji buah pelaga

Cara penyediaan :
Campurkan rempah kari bersama air dan separuh daripada bahan tumbuk. Panaskan minyak sapi dan majerin dan masukkan bahan tumis. Kacau dan masukkan campuran rempah tadi dan teruskan mengacau hingga terbit bau wangi dan agak garing. Kemudian masukkan daging bersama kerisik. Kacau lagi dan tambahkan air supaya daging mudah empuk. Kalau nak cepat lagi masak, tutup periuk dan biarkan ia mendidih. Apabila telah lembut, masukkan kentang dan karot. Biarkan kentang dan karot empuk dan kuahnya sedikit kering. Akhir sekali barulah dimasukkan santan dan kacau di atas api yang perlahan selama 2 minit. Tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi atau roti jala.

Sate Daging/Ayam

Friday, March 5, 2010


Bahan-bahan :
1 kg daging/ayam - dipotong mengikut saiz satay
lidi untuk menyucuk daging/ayam
1 batang serai - diketuk
sedikit minyak
sedikit santan

Bahan perap :
3 batang serai
1 sudu kecil ketumbar
1 inci lengkuas
6 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar kunyit

Cara penyediaan :
Gaul kesemua bahan perap dan kisar hingga halus. Campurkan bersama potongan daging/ayam dan gaul hingga sebati. Perap adunan tersebut di dalam peti sejuk selama 8-10 jam supaya ramuan meresap ke dalam daging/ayam. Setelah diperap, bolehlah dikeluarkan dan cucuk daging/ayam menggunakan lidi dan dibakar. Gunakan batang serai yang telah diketuk untuk menyapu minyak yang dicampur dengan sedikit santan semasa membakar untuk mendapatkan aroma yang wangi. Boleh dimakan bersama kuah kacang.

AYAM KERUTUP

Thursday, March 4, 2010




Bahan-bahan :
1 ekor ayam (anggaran 1.5kg) - dipotong 8
20 ulas bawang merah - dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk kas kas
1 sudu besar rempah kerutup
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 sudu besar minyak zaitun
1/2 mangkuk susu cair
1 kiub pati ayam Knorr
2 tangkai daun kari

Cara penyediaan :
Ayam dibersihkan dan dipotong 8. Goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan. Di dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang kecil, bawang putih, halia dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan rempah kerutup, serbuk jintan, serbuk kas kas dan serbuk kunyit. Campurkan dengan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Masukkan susu cair dan kiub ayam Knorr. Kaup balikkan ayam hingga mendidih dan boleh diangkat.



Ayam Kapitan



Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong 12
2 helai daun pandan - disimpul
4 biji tomato - dipotong 4
3 batang daun pudina
3 batang daun ketumbar
3 sudu besar pes cili
1 sudu teh serbuk kas kas
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk kari daging BABA's
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap cair
2 biji limau nipis - ambil jusnya
Segenggam bawang goreng
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu teh serbuk gajus

Bahan tumis :
1 senduk kecil minyak sapi
2 biji bawang besar - dihiris
2 batang serai
1 sudu teh halia kisar
1 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu teh bawang putih kisar
Kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih

Cara penyediaan :
Ayam dibersihkan dan dipotong 12. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan A. Masukkan pes cili, serbuk cili, kas kas, jintan putih, daun pandan, tomato dan serbuk kari daging. Kacau dan campurkan kicap cair, kicap pekat, garam dan daun ketumbar. Akhir sekali masukkan ayam, bawang goreng, daun pudina, serbuk badam dan serbuk gajus



Kuzi Ayam


Bahan-bahan :
500gm ayam - dibelah 8 @12
1 inci lengkuas
3 batang serai
10 ulas bawang merah
1 inci halia muda
1 sudu teh serbuk kunyit
1 mangkuk minyak jagung
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 mangkuk susu cair
3 biji limau nipis - diperah dan diambil jusnya
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar gula
1 kiub pati ayam knorr
segenggam gajus - digoreng
sedikit kismis hitam

Bahan hiasan :
2 biji cili merah dan hijau
1 biji tomato
daun parsley

Cara penyediaan :
Ayam hendaklah dibersihkan, dibuang kulitnya dan dipotong mengikut saiz kesukaan anda, tapi jangan terlalu kecil. Gaulkan dengan yogurt dan serbuk kunyit supaya dapat mengeluarkan aroma yang harum ketik memasak. Goreng ayam separuh masak, angkat dan toskan. Di dalam kuali yang berasingan, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik baunya. Masukkan susu cair, jus limau nipis, kiub ayam knorr, gula dan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Gunakan api yang perlahan sehingga ayam betul2 masak. Akhir sekali masukkan gajus yang telah digoreng dan kismis hitam. Gaul hingga sebati dan hidangkan. bersama hiasan cili merah, cili hijau, tomato dan parsley. Boleh dimakan bersama nasi beriyani, nasi minyak atau nasi tomato.



Ayam Masak Kicap

Wednesday, March 3, 2010


Bahan-bahan :
1 ekor ayam kecil (dipotong kecil juga)
Sedikit daun kari
4 ulas bawang putih (diketuk)
Sedikit kulit kayu manis
1 labu bawang besar (dipotong bulat besar)
Cili hidup merah dan hijau (dipotong besar)
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 biji tomato (dipotong 4)
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
Ayam dilumur dengan kunyit dan garam. Gorengkan ayam hingga agak2masak tetapi jangan terlalu garing, nanti ayam menjadi keras. Angkat dan toskan. Di dalam kuali, masukkan 3-4 sudu minyak ayam tadi. Panaskan dan tumis daun kari, kulit kayu manis dan bawang putih hingga berbau wangi. Masukkan kicap pekat dan sos tiram, kacau hingga kuah menyerap ke dalam isi ayam. Masukkan tomato, bawang besar, cili merah dan cili hijau, kacau dan angkat.



Ayam Masak Cabai Hidup

Wednesday, April 22, 2009


Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong 16
cabai hidup merah dan hijau - dikisar kasar
1/2 inci halia - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 biji cili merah dan hijau - di hiris memanjang
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili thai
garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
Ayam digaul dengan kunyit serta garam dan diperap selama setengah jam. Gorengkan ayam di dalam minyak yang betul2 panas hingga garing. Angkat dan toskan. Di dalam kuali yang lain, panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili thai, sos ikan, gula serta garam dan kacau hingga kering. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau serta merah dan boleh diangkat untuk dihidangkan bersama nasi putih.


BUKA PUASA - Puyuh Masak Serai

Saturday, September 29, 2007


Bahan-bahannya:
5 ekor burung puyuh - dibersihkan dan dipotong 2

6 batang serai - ketuk hingga pecah bawahnya
(sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugurgaram secukup rasa
kunyit 
 
Bahan kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih

20 tangkai cili kering dibuang biji dan direbus
 
Cara penyediaan :
Burung puyuh di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.
Angkat burung puyuh dan toskan minyaknya. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan burung puyuh yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa hidangan ini masih belum siap untuk di makan. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2.

BUKA PUASA - Lemon Quail




Bahan-bahannya :5 ekor burung puyuh - dibersihkan
1 sudu besar halia kisar* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.2 sudu besar tepung beras1 sudu besar tepung jagung1 sudu besar lada sulah1 sudu kecil garam1 sudu besar gula2 biji telur2 sudu besar susu sejat F&N

Cara penyediaan :
Satukan kesemua bahan di dalam satu mangkuk dan
gaul hingga adunan menjadi sebati. Masukkan burung puyuh yang telah di perap dengan halia dan goreng dalam dalam minyak yang agak panas dengan api yang sederhana. Bila burung puyuh sudah di goreng, toskan minyaknya dan potong burung puyuh dengan menggunakan pisau yang tajam. Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon. Sedap dihidangkan semasa panas.

SOS LEMONBahan-Bahan :
4 sudu besar jus lemon
5 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung
300 ml air atau ikut kepekatan yang anda inginkan
1 sudu besar cuka

Cara penyediaan :
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil lalu didihkan dan kacau hingga sos agak pekat sedikit. Padamkan api lalu sejukkan dan sedia untuk di gunakan.

BUKA PUASA - Burung Puyuh Masak Paprik




Bahan-bahannya :4 ekor burung puyuh, dipotong kecil
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang besar - dimayang2 batang serai - diketuk2 biji buah tomato - dipotong 45 biji cili padi, ditumbuk2 biji limau kasturi - diambil jusnya5 helai daun limau purut - disiat-siat
7 sudu makan sos cili6 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram3 sudu makan kicap manisbunga kobis, kacang panjang, karot & jagung muda - dipotong mengikut kesukaan andaminyak secukupnyaair secukupnyagaram dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng burung puyuh setengah masak, jangan terlalu garing. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk, kacau sekejap. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi. Pergghhh power!!!

BUKA PUASA - Burung Puyuh Pakapau




Bahan-bahan:
5 ekor burung puyuh
2 tangkai daun selasih
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
Kacang panjang - dipotong 1 1/2 inci panjang
6 biji cili api - diketuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
garam secukup rasa

Cara penyediaan:Burung puyuh dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan burung puyuh yang telah dibersih dan dipotong tadi bersama daun selasih. Apabila burung puyuh telah masak, masukkan sos tiram, kicap manis, cili api, kacang panjang, garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.

BUKA PUASA - Puyuh Goreng Berempah

Bahan-bahan :
5 ekor burung puyuh

1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu besar rempah kari daging
4 sudu besar tepung jagung
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :
Gaulkan semua bahan dengan burung puyuh dan perapkan selama setengah jam. Panaskan minyak dan goreng burung puyuh sehingga masak.

BUKA PUASA - Roti John

Sunday, September 16, 2007



 









Bahan-bahannya :
300 gm daging@ ayam cincang
2 labu bawang besar
3 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
lada sulah
sedikit marjerin - untuk menggoreng
bun hotdog
sos cili
mayonis

Cara penyediaan :
Perapkan daging @ ayam cincang bersama garam dan lada sulah. Panaskan kuali dan masukkan bawang besar, goreng hingga lembut. Masukkan daging @ ayam dan goreng hingga masak. Ketepikan sebentar. Satukan telur yang telah dipukul bersama garam dan lada sulah (lebihkan sedikit) dan masukkan adunan daging @ ayam tadi. Gunakan kuali leper, panaskan dan letakkan sedikit majerin di atasnya. Roti dibelah dua dan sudukan adunan tadi ke atas roti dan tekapkan perlahan-lahan ke atas kuali. Kaupbalikkan roti hingga
campuran telur dan daging @ ayam tadi masak. Angkat dan letakkan sos cili dan mayonis di atasnya dan bolehlah dimakan.

BUKA PUASA - Mee Udang Kakcik

Saturday, September 15, 2007



 

Bahan-bahan :
1 peket mee kuning - dicelur
150 gm taugeh - dicelur sebentar
75 gm kangkung - dicelur sebentar
3 biji telur - direbus & dibelah 2
20 ulas bawang merah - dihiris
200 gm isi ayam
250 gm udang putih (sederhana)
sedikit gula batu atau gula pasir

sedikit garam
100 gm cili pes
5 cawan air rebusan udang - dibuat daripada rebusan kepala udang
sedikit minyak

Cara penyediaan :

Panaskan minyak, goreng bawang merah sampai kuning. Angkat, toskan minyaknya dan simpan dalam bekas kedap udara. Gunakan lebihan minyak tadi untuk menumis pes cili hingga naik baunya, angkat sebahagian daripadanya untuk dihidangkan bersama mee nanti. Tuangkan air rebusan udang seterusnya masukkan isi ayam, udang, gula dan garam. Biarkan mendidih perlahan sampai gula batu cair sekirannya menggunakan gula batu. Angkat udang dan ayam . Goreng semula udang dan belah dua untuk diatur di atas mee. Letakkan mee dalam mangkuk bersama taugeh serta kangkung. Curahkan kuah udang, aturkan udang dan isi ayam yang telah dipotong keping. Taburkan bawang goreng, telur rebus dan hidangkan bersama sambal tadi.

BUKA PUASA - Soto Ayam KakCik

Friday, September 14, 2007



 
Bahan-bahannya :
3 bungkus nasi impit ADABI yang telah direbus

1 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar

sudu teh serbuk jintan halus

1 sudu teh serbuk lada putih

2 batang serai, dititik

1 cm lengkuas - diketuk

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa

5 sudu besar minyak untuk menumis


Bahan kisar :

2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit hidup


Bahan untuk Sambal Kicap :
8 biji cili padi

2 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap lemak manis
* masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar halus

Bahan Hiasan :
bergedil
taugeh yang telah dicelur

daun sup - dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam - yang telah disiat-siat

Cara penyediaan :
Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkuas yang telah diketuk dan kacau sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan, air dan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak. Angkat ayam dan siatkan isinya. Masukkan semula tulang ayam tadi ke dalam periuk sup.
Cara menghidang :
Nasi impit dipotong dadu dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

Telur Bungkus

Sunday, July 15, 2007



Bahan-bahan :
3 biji telur
100 gram ayam atau daging - dicincang
1 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - dipotong dadu
4 sudu besar sayur campur (mixed vege)
1 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato dan cili
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar sos ikan
sedikit garam dan gula
minyak masak
daun bawang & bawang goreng - untuk hiasan

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan daging atau ayam yang telah dicincang. Biarkan hingga daging atau ayam tadi masak. Masukkan serbuk kari, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau rata dan tambahkan sedikit garam, gula dan sos ikan dan kacau hingga kering. Bancuhkan tepung jagung bersama sedikit air dan tuangkan ke dalam campuran tadi dan kacau. Apabila agak pekat dan melekit, tutup api dan sediakan telur untuk dibungkus dengan campuran ayam atau daging ini. Gunakan kuali yang bersih dan cukup besar. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, pastikan minyak rata di sekeliling kuali. Pukul telur hingga berbuih dan tuang ke dalam kuali yang betul2 panas. Cepat2 ratakan telur sehingga menjadi nipis dan cukup untuk menampung campuran daging atau ayam tadi. Tuangkan campuran tadi di bahagian tengah telur dan cepat2 bungkuskannya dengan melipat sekeliling telur tadi menjadikannya bentuk 4 segi. Untuk mengangkat telur tanpa memecahkannya, letakkan pinggan ke atas telur tadi dan telungkupkan kuali, jadi telur akan terletak elok di atas pinggan dengan bahagian berlipatnya tersorok di bawah....jadi ia kelihatan cantik ler....Hiaskan bahagian atas dengan bawang goreng dan daun bawang atau boleh gak dituangkan sos cili di atasnya.


BUKA PUASA - Nasi Ayam Madu Kak Cik

Monday, June 25, 2007







Bahan-bahan sup :
1 ekor ayam (dipotong 4 & dibersihkan)
2 kiub pati ayam Knorr
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 inci halia - dipotong kasar
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar madu
2 liter air

Cara penyediaan sup :
Rebuskan ayam bersama kesemua bahan di atas kecuali kicap sehingga ayam dikira masak. Keluarkan isi ayam dan perapkan bersama kicap pekat dan madu selama kira-kira 2 jam. Setelah itu goreng ayam di dalam minyak yang penuh tetapi jangan terlalu lama sebab ayam telah pun masak semasa direbus tadi. Angkat dan potong mengikut kesukaan anda.

Bahan-bahan sos kicap :
sedikit kicap pekat
1/4 cawan kicap biasa (jangan guna kicap masin)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 cawan sup ayam
1 biji limau kasturi

Cara penyediaan :
Panaskan periuk dan tumiskan bawang putih. Masukkan sup ayam bersama kicap dan biarkan ia mendidih. Akhir sekali perahkan air limau kasturi di dalamnnya dan tutup api.

Bahan-bahan sos cili :
2 sudu besar pes cili
2 sudu besar gula
sedikit garam
sedikit cuka
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
sedikit air

Cara penyediaan sos cili :
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk (tak perlu ditumis) dan biarkan ia mendidih dan kuah menjadi pekat. Sentiasa mengacau supaya tidak hangit di bahagian bawahnya.

Bahan-bahan nasi :
5 cawan kecil beras panjang (direndam 3 jam terlebih awal)
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - dimayang halus
1 inci halia - di mayang halus
2 ikat daun pandan - diikat simpul
2 batang serai - dititik
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar majerin
5 cawan air rebusan ayam

Cara penyediaan :
Panaskan minyak di dalam periuk (seeloknya gunakan rice cooker agar nasi masak elok). Tumiskan bawang besar dan perkakasan rempah. Apabila telah garing, masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan kelembutan nasi (jangan terlalu banyak air nanti nasi menjadi lembik dan tidak sedap jika dimakan bersama sup panas). Biarkan hingga mendidih dan masukkan daun pandan, serai serta sedikit garam bersama beras yang telah dibersih dan ditoskan. Masak sehingga nasi kering dan terus mengacau supaya nasi masak serata dan tidak mentah di bahagian atas. Keringkan nasi sehingga ia betul-betul tidak melekit dan kelihatan berbiji-biji, kemudian barulah dihidangkan bersama ayam goreng, sup ayam, sup kicap dan sos cili. Boleh juga diletakkan bersama hirisan timun, tomato dan salad sebagai hiasan.

p/s : jangan guna air rebusan terlalu banyak kerana beras telah direndam terlebih awal dan sedikit sebanyak ia telah mengembang dengan sendirinya. Anda boleh menambahkan air pada peringkat akhir sekiranya didapati nasi terlalu keras.

Ayam Goreng Petai

Sunday, June 24, 2007



Bahan-bahan :
3 ketul dada ayam (dipotong dadu)3-4 papan petai (dibelah dua-ambil isi saja)
2 biji tomato (dipotong 4)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili sos
1 batang serai (dititik)
sedikit gula
sedikit garam
sedikit kunyit

Bahan dikisar :
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan bakar
10 biji cili hidup merah (dibuang biji)

Cara penyediaan :
Ayam dibersihkan dipotong dadu, jangan terlalu tebal. Toskan ayam dan masukkan garam serta kunyit dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan kuali dan gunakan minyak menggoreng ayam tadi dan tumiskan bahan kisar bersama sos tiram, sos cili, serai, garam dan gula. Kacau hingga kelihatan garing dan masukkan ayam bersama petai. Kacau hingga sebati tetapi jangan sampai petai menjadi lembik nanti kurang umph.... Angkat dan boleh dimakan bersama nasi....


BUKA PUASA - Kurma Ayam / Daging

Tuesday, June 12, 2007

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong 12 & dibersihkan) @
1 kilo daging batang pinang
4 sudu besar rempah kurma baba's
1 sudu teh serbuk kaskas
2 biji tomato - dipotong 4
2 tangkai cili merah - dibelah 2, jangan putus
2 tangkai cili hijau - dibelah 2, jangan putus
2 labu bawang besar - dipotong 4
1/2 kotak santan M&S
4 biji ubi kentang

Bahan-bahan kisar :
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras

* asingkan separuh bahan kisar dan campurkan bersama rempah kurma bersama air dan kacau hingga sebati

Bahan-bahan tumis :
3 helai daun kari
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi, 2 sudu majerin

Cara penyediaan :
Panaskan minyak sapi dan minyak masak, masukkan bahan tumis bersama bahan kisar. Kacau hingga terbit bau dan kelihatan keperangan. Masukkan campuran rempah kurma dan bahan kisar, kacau hingga garing. Apabila telah garing, masukkan ayam atau daging dan kacau hingga sebati. Apabila agak kering, masukkan air dan biarkan ia mendidih dan hampir masak. Masukkan kentang dan kacau hingga masak. Kemudian masukkan potongan bawang besar, tomato, cili merah dan cili hijau. Kacau hingga mendidih dan biarkan ia agak pekat. Akhir sekali masukkan santan dan kacau perlahan-lahan selama 2 minit supaya ia tidak menggelegak.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :
Ayam - dipotong 12 (agak kecil) dan dibersihkan
(ayam digoreng tetapi jangan terlalu garing)
4 biji kentang - dipotong memanjang & digoreng
1 labu bawang besar - dimayang bulat
Daun bawang - dipotong sepanjang 1 inci
2 biji tomato - dipotong 4
3 sudu minyak sapi, 3 sudu minyak masak
1 sudu teh gula, 1 susu teh madu
1/2 cawan campuran sos tomato dan cili
garam secukup rasa
bawang goreng untuk hiasan
1/4 cawan susu cair ideal

Bahan untuk dikisar :
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 tangkai cili kering

Bahan tumis :
3 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kelopak bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara penyediaan :
Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan tumis bersama bahan kisar, garam, gula, madu dan campuran sos tomato dan cili. Kacau hingga kelihatan garing dan berbau wangi. Masukkan hirisan kentang yang telah digoreng, bawang merah dan potongan tomato dan kacau hingga sebati. Apabila telah masak, masukkan susu cair dan kacau rata pada kadar api yang amat perlahan, jangan sampai mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan terus diangkat (boleh juga ditaburkan di atas masakan bersama dengan bawang goreng). Jangan biarkan lama di dalam kuali kerana daun bawang mudah layu.

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT