Pulut Udang Panggang

Thursday, March 4, 2010


Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut - dibersihkan dan direndam
1/2 mangkuk santan
secubit garam
daun pisang (untuk membalut pulut)

Bahan inti :
50gm udang kering - direndam dan tumbuk halus
1 biji kelapa parut - ambil yang putih sahaja
2 sudu besar pes cili
10 ulas bawang merah - dikisar halus
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk kasar
1/4 sudu teh jintan putih - ditumbuk kasar
1/4 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
3 sudu besar gula (manis yang cukup)
sedikit air

Cara penyediaan :
Beras pulut dikukus terlebih dahulu hingga masak. Apabila masak, masukkan santan bersama secubit garam dan gaul rata bersama pulut. Kukus kembali hingga santan masak. Biarkan pulut sejuk seketika.

Masukkan kelapa parut bersama air didalam pengisar dan kisar hingga halus. Keluarkan dan tuang kelapa parut di dalam kuali, masukkan juga udang kering yang telah ditumbuk halus, pes cili, jintan tumbuk (jangan gunakan serbuk jintan), serbuk kunyit, bawang merah yang telah dikisar, garam dan gula. Biarkan di atas api yang sederhana dan kacau hingga adunan betul2 kering. Jangan biarkan inti tanpa dikacau, nanti inti menjadi hangit di bahagian bawah. Setelah inti masak dan kering, angkat dan biarkan sejuk.

Sementara itu bersihkan daun pisang dan potong bahagian tepi pelepahnya agar mudah dibalut. Potong daun pisang anggaran 6 inci panjang. Ambil sedikit pulut, tempekkan di atas daun pisang menggunakan cebisan daun pisang yang tidak digunakan. Ambil satu sudu teh inti dan letakkan di bahagian tengah pulut. Gulung pulut hingga menutup inti tadi. Tutup bahagian kiri dan kanan pulut menggunakan pencucuk satay yang dipotong pendek2. Letakkan pulut yang telah siap dibungkus di atas pembakar. Sapukan minyak di bahagian atas dan bawah pulut, bakar hingga garing dan boleh dihidangkan.


0 comments:

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT