Udang Harimau Goreng Mentega

Wednesday, March 3, 2010

Bahan-bahan :
1kg udang harimau
Minyak masak - untuk menggoreng
2 sudu teh serbuk kunyit
300gm mentega
8 biji kuning telur
2 sudu teh gula
2 tangkai daun kari
5 biji cili padi - dihiris

Cara penyediaan :
Bersihkan udang dan gaulkan dengan serbuk kunyit. Jangan dibuang kulit, cuma potong hujung kepalanya sahaja. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang sehingga garing dan ketepikan. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan mentega dan kacau. Masukkan kuning telur, gula, daun kari dan cili padi. Kacau mengikut putaran jam sehingga kuning telur pecah. Tuang bahan2 tersebut ke dalam penapis/penyaring dan toskan untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan. Gaulkan udang yang telah digoreng tadi bersama campuran telur dan hidangkan.

1 comments:

awjanalilal said...

alo member bole x tunjuk mcmana telor td bole jd kirai2...

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT