Sambal Jering Bilis

Wednesday, March 3, 2010



Bahan-bahan :
Buah jering cambah (agak2 RM5)
Segenggam ikan bilis
2 sudu besar bawang besar kisar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit garam
1 keping gula melaka

Cara penyediaan :
Jering dibuang kulit luar, dipotong agak tebal dan digoreng hingga masak. Angkat dan toskan. Begitu juga dengan ikan bilis, digoreng dan ditoskan. Di dalam kuali yang lain, masukkan minyak sebanyak 3 sudu besar. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama cili kisar, sos cili, sos tiram, garam dan gula melaka. Biarkan hingga agak kering dan masukkan jering dan ikan bilis goreng yang telah ditoskan tadi. Gaul rata dan asingkan campuran ini daripada minyak dengan cara mengalihkan ia ke bahagian tepi kuali. Kosongkan bahagian tengah kuali kerana minyak akan turun ke bawah. Selepas itu barulah diangkat dan dihidangkan.

***Untuk mengetahui samada jering goreng itu telah masak atau belum, cuba ambil sehiris dan rasa. Rasa jering yang telah masak adalah lembut seakan2 ubi goreng.

0 comments:

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT