Hilangkan bau nasi hangit?
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ni...
Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.
Tak tahu nak bersihkan siput sedut?
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihkan siput sedut, ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengeratbahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.
**** Semoga petua2 yang kakcik berikan ini dapat menolong menyelesaikan masalah2 anda, insyaalah kalau ada lagi kakcik akan postkan disini....
KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT
0 comments:
Post a Comment