SALAM AIDILFITRI

Wednesday, September 19, 2007

Assalamualaikum wbt....

Tinggal kurang sebulan lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ramai yang beranggapan, berhari raya di kampung lebih seronok, tambahan pula budaya kunjung-mengunjungi yang menjadi amalan bagi masyarakat kampung membuatkan suasana raya bertambah meriah. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyai kampung halaman, tentu tidak dapat merasai kemeriahan berhari raya di kampung. Namun apakah berhari raya di bandar tidak boleh menjadi semeriah seperti di kampung?

Tidak kira samada di kampung mahupun di kota, kedatangan hari raya tetap akan disambut dan diraikan. Namun dalam kegembiraan dan keasyikan menyambut lebaran, jangan pula lupa menghayati erti sebenar Aidilfitri. Aidilfitri bukan hanya sebuah perayaan tetapi juga bulan yang penuh keberkatan jika dirayakan mengikut syariatnya.

Sempena Aidilfitri, KakCik ada menyediakan pelbagai koleksi biskut raya untuk tatapan pengunjung blog ini. Kepada rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan KakCik yang tetap setia hingga kini, KakCik memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan kalian untuk mendapatkan biskut raya seperti sebelumnya. Tahun ini KakCik terpaksa berehat tetapi akan meneruskan urusniaga seperti tahun2 sebelumnya menjelang Aidilfitri tahun depan. Demi untuk keluarga dan anak2, KakCik kena turun padang juga untuk persiapan ala kadar tetapi tetap meriah disambut.

"SELAMAT MENJENGUK KAKCIK RECIPE DAN SELAMAT MENCUBA....MOGA RAYA TAHUN INI DAPAT MENGHIDANGKAN KOLEKSI KAKCIK UNTUK TETAMU ANDA".

Wassalam

0 comments:

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT