BUKA PUASA - Kuih Lopes

Thursday, September 13, 2007

 
Bahan-bahan :
2 cawan pulut - basuh dan rendamkan 2 cawan santan
sedikit garam

1 cawan air daun pandan
1/2 biji kelapa parut muda
plastik/daun pisang - untuk membungkus
Cara penyediaan :
Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak, anggaran dalam 30 minit
. Keluarkan dan masukkan dalam plastik atau daun pisang. Tekan pulut tadi agak kuat supaya ia mampat dan kemas. Bentukkan bulat memanjang dan ikatkan kedua hujung pulut tadi dengan tali. Apabila agak lama, buka ikatan plastik atau daun pisang tadi dan gunakan benang untuk memotong kuih lopes, agak-agak tebal 1cm. Gaulkan dengan kelapa parut dan hidangkan dgn air gula merah.

0 comments:

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT