BUKA PUASA - Laksa Johor

Thursday, September 13, 2007





Bahan-bahan :
1 peket spagetti - rebus hingga empuk dan toskan bersama sedikit butter
1 sudu besar pes cili

1 cm belacan - dibakar
sedikit garam dan gula
2 biji timun - dipotong memanjang
2 pokok daun salad
200 gm taugeh
sedikit daun kesum
2 biji limau nipis
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2

Bahan kuah :
8 ekor ikan kembong atau sardin - direbus
2 batang serai - dititik
4 cm halia - ditumbuk
4 cm lengkuas - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
4 ulas bawang merah - ditumbuk
3 keping ikan kurau @ ikan talang masin - ditumbuk
2 sudu besar kerisik
1 kotak kecil santan M&S

Cara penyediaan :
Ikan direbus dan diasingkan isinya. Campurkan tulang bersama air rebusan dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan tersebut dan tapis, ambil airnya sahaja. Campurkan air tulang bersama isi ikan dan santan. Panaskan periuk dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi. Apabila naik bau, masukkan santan yang telah dicampur dengan ikan tadi bersama kerisik dan ikan kurau atau talang yang telah ditumbuk. Masak hingga mendidih dan angkat. Cili, belacan dan garam ditumbuk halus untuk dijadikan sambal. Campurkan spageti dengan bahan-bahan ulam dan tuangkan kuah. Masukkan sambal tadi dan perahkan air limau nipis ke atasnya.

0 comments:

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT