BUKA PUASA - Buah Melaka

Thursday, September 13, 2007

 
Bahan-bahan : 

2 cawan tepung pulut
air daun pandan secukupnya

2 ketul gula melaka - dipotong dadu

1/2 biji kelapa muda parut - ambil yang putih sahaja
sedikit garam halus

Cara penyediaan : Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentelkan supaya menjadi bulat. Di dalam periuk yang berasingan, panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut tadi. Bila bebola timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. Hidangkan.

0 comments:

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT