Omelet Ayam

Saturday, January 26, 2013


Bahan-bahan :
200 gm daging ayam cincang
2 sudu teh sos kicap pekat manis
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh garam
5 biji telur
daun bawang-dipotong kecil
sedikit minyak masak

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan campurkan kesemua bahan di atas (kecuali telur dan daun bawang) supaya daging ayam separuh masak. Angkat dan masukkan ke dalam bekas yang lain. Pecahkan telur dan masukkan daun bawang ke dalam adunan yang telah dimasak tadi dan kacau gunakan whisker atau garfu hingga adunan sebati. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak (lebih elok kalau gunakan non-stick pan) dan sendukkan adunan telur tadi ke dalam kuali. Biarkan hingga masak dan lipat omelet menjadi separuh bulat. Masak dalam anggaran 1-2min sahaja, ulangi proses ini sehingga adunan habis. Hiaskan dengan sos dan mayonis, sesuai sekali untuk anak2.

0 comments:

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT