Bahan-bahan :
5 keping potongan ikan tongkol @ pari
5 sudu besar cili kisar
2 mangkuk air asam jawa
6 biji kacang bendi - dipotong dua
5 tangkai daun kesum
4 sudu besar minyak masak
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 batang serai - diketuk
garam secukup rasa
secubit gula
Bahan kisar :
4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 labu bawang besar
Cara penyediaan :
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga naik bau dan agak garing. Masukkan air asam jawa, garam dan gula, biarkan hingga mendidih. Masukkan bendi dan renih selama 2min. Masukkan ikan pari dan daun kesum. Biarkan hingga ikan masak dan boleh diangkat,
0 comments:
Post a Comment