Bahan-bahan :
1 kg daging batang pinang
minyak masak
1 sudu besar serbuk jintan manis *
1 sudu besar serbuk jintan putih *
2 sudu besar serbuk ketumbar *
5 sudu besar kicap pekat *
1 sudu besar serbuk lada hitam *
5 sudu besar sos manis ABC Heinz *
1 sudu besar kerisik
gula dan garam secukup rasa
1 cawan air
Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Bahan kisar :
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
2 cm halia
200gm cili kering
Cara penyediaan :
Gaul dan perapkan daging yang dihiris bersama bahan yang ditanda (*) selama 30min-1jam. Panaskan kuali dan masukkan bahan tumis serta bahan kisar serta kerisik hingga naik bau dan garing. Masukkan daging yang telah diperap tadi dan masukkan air, biarkan hingga daging empuk. Jika air tidak mencukupi, tambahkan lagi hingga daging lembut. Sekiranya anda menggunakan daging batang pinang, tempoh memasak adalah cepat berbanding daging biasa. Setelah daging empuk dan air hampir kering, masukkan gula serta garam mengikut citarasa anda, biarkan selama 10min lagi dan boleh diangkat serta dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment