Bahan-bahan :
1 kg ikan kembung @ tenggiri
2 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk air
1 keping asam keping
3 batang serai - diketuk
1 helai besar daun kunyit
gula dan garam secukup rasa
Bahan kisar :
15 biji cili padi kampung
1 labu bawang merah
1 inci kunyit hidup
Cara penyediaan :
Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk bersama air, serai dan asam keping. Apabila agak kering, masukkan santan bersama gula dan garam. Biarkan ia mendidih dan sentiasa mengacau agar tidak naik minyak. Akhir sekali masukkan ikan, jangan biarkan terlalu lama di atas api nanti isinya hancur. Masukkan daun kunyit dan tutup periuk agar haba api boleh sebatikan daun kunyit dan kuah ikan untuk mendapatkan aroma yang wangi.
0 comments:
Post a Comment