Daging Masak Kering

Wednesday, January 30, 2013



Bahan-bahan :
1kg daging batang pinang (direbus & dipotong nipis)
50gm serbuk kari daging Babas
50gm serbuk jintan manis
3 senduk kecil cili pes 
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
minyak masak
air rebusan daging
garam & gula secukup rasa

Bahan kisar :
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara penyediaan :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili pes yang telah dicampurkan dengan serbuk kari dan serbuk jintan manis. Biarkan hingga garing dan naik bau, masukkan ketiga2 jenis sos tadi dan kacau lagi hingga kering. Masukkan air rebusan daging bersama2 daging yang telah dihiris tadi. Kacau dan masukkan garam serta gula secukup rasa. Biarkan hingga daging sebati bersama cili dan betul2 kering. Selalu mengacau agar daging dan cili tidak hangit. Apabila telah kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

 

0 comments:

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT