KakCik kembali lagi..........

Sunday, December 16, 2007

Assalamualaikum....
Minta maaf banyak2 kepada pengunjung blog kakcik yang ramai tertanya2 dan menghantar email berbakul2 kat kakcik bertanyakan ke manakah menghilangnya kakcik? Terimakasih la atas keperihatinan anda dan untuk itu juga kakcik kuatkan semangat waja untuk kembali berjuang di blog ini....tapi resepi tu belum tentu lagi la versatile nya..he..he...apa2 pun kita tunggu dan lihat je..TUNGGUUUUUUUUU>>>>>>>

Kakcik sekarang ni sibuk la skit nak jaga baby yang dah mencecah 3bln usianya. Kekadang tu berkepit gak la ngan dia depan PC, jenguk2 blog dan email. Nanti kakcik akan postkan gambarnya yang kembang semangkuk tu untuk tatapan semua. Jadi kakcik rasa dah tiba masanya untuk kakcik sambung kembali resipi2 yang terbengkalai tak jadi selepas raya tempohari, disebabkan kakcik pun raya tak abis2 lagi..terlupa plak nak post kat blog sendiri. Tapi alhamdulillah masih ada pengunjung setia yang menjenguk kat sini dan drop kan email mereka.

Akhir sekali...nantikan resipi2 sensasi kakcik dalam masa terdekat ni, tak pun tahun depan...ye la tahun depan pun lagi 2 minggu jer kan.

Wassalam dan selamat menyambut tahun baru dengan azam baru yang lebih menjanjikan sesuatu pembaharuan dan kebahagiaan. Semoga tahun 2008 ini akan lebih memerdekakan kita, insyaallah....

.....kakcik/dec2007

0 comments:

KaKCiK | ReCiPeS Copyright © 2010 Designed by GeZoRT for LyZa Vector by GeZoRT